Satu kajian tentang pembungkusan tempe serta penerimaanya di kalangan penduduk Daerah Muar Johor / Muhamad Farhad Hadithon

Hadithon, Muhamad Farhad (2000) Satu kajian tentang pembungkusan tempe serta penerimaanya di kalangan penduduk Daerah Muar Johor / Muhamad Farhad Hadithon. [Student Project] (Unpublished)

Download

[thumbnail of 33852.pdf] Text
33852.pdf

Download (405kB)

Abstract

Pembungkusan merupakan faktor penting didalam menjaga tahap kualiti sesebuah produk supaya tahan lama dan tidak mudah rosak. Namun peranan pembungkusan bukan terletak kepada faktor tersebut sahaja, sebaliknya pembungkusan juga adalah salab satu cara untuk melariskann sesebuah produk melaliu penampilan pembungkusan yang berkesan dan menarik. Dalam kajian penulisan tesis ini kajian terhadap salah satu jenis seni budaya masyarakat melayu dapat dijalankan Melalui kajian penulisan ini dapatlah jenis-jenis pembungkusan tempe trndisional dengan lebih jelas dan pembungkusan kini. Dalam pada itu kita akan dapat mengetahui kehendak pengguna dan reaksi mereka terbadap pembungkusan tempe. Kepentingan penyelidiken ini ialah untuk mengetahui secara lebih jelas dan terperinci jenis-jenis pembungkusan tempe samada pembungkusan tradisional atau pembungkusan kini . Kajian dijalankan terhadap tiap satu persatu pembungkusan tersebut bagi mengkaji dengan lebih dekat terhadap, bahan dan teknik yang digunakan pada setiap pembungkusan serta mengenal pasti kelemahan dan kelebihan setiap pembungkusan. Ia bagi mengetahui nilai estetika pembungkusan tempe. Penulisan mengenai kajian ini memerlukan beberapa kaedah iaitu kaedah melalui pemerhatian dan temubua1. Kaedah pemerhatian ini amat penting dalam mendapat maklumat mengenai jenis-jenis pembungkusan tempe tradisional dan kini dengan lebih dekat dan mendalam. Kaedah pemerhatian ini dilakukan di 3 buah kilang perusahaan tempe di sekitar daerah Muar Johor. Pemilihan daerah ini adalah kerana daerah ini merupakan pengeluar terbesar tempe. Kaedah soal selidik dilakukan untuk mendapatkan reaksi dan tindak balas penduduk Daerah Muar terhadap pembungkusan tempe tradisional dan kini, iaitu untuk mengetahui tahap pengetahuan mereka serta pandangan dan cadangan yang diberikan. Selain itu, pelbagai sumber rujukan diambil bagi mendapat maklumat selanjutnya dalam penulisan tesis ini. Antara bahan rujukannya ialah melalui buku-buku yang berkaitan, laman web dan lain-lain sumber yang berguna. Daripada maklumat yang diperolehi ini dapatlah dirumuskan bahawa terdapat pelbagai jenis pembungkusan tempe, dan setiap pembungkusan mempunyai nilai estetika tersendiri. Melaluinya juga, teknik, bahan dan media yang digunakan didalam pembungkusan tempe dapat diketahui. Dan pada itu, dalam kajian ini dapat juga diperolehi terhadap sejauh mana kecenderungan atau pengetahuan penduduk di sekitar daerah Muar Johor terhadap pembungkusan tempe tradisional dan pembungkusan kini yang terdapat di sekeliling mereka serta cadangan dan komen mereka.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email
Hadithon, Muhamad Farhad
98112696
Subjects: T Technology > TS Manufactures > Packaging > Design
T Technology > TS Manufactures > Packaging
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Bachelor of Graphic Design (AD241)
Item ID: 33852
Uncontrolled Keywords: Pembungkusan; Tempe tradisional; Penduduk; Teknik
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33852

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Library Terminal Workstation (Digital Format) - Accessible via UiTM Libraries
  • ID Number

    33852

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item