Pembangunan pelancongan Jeram Besu di Daerah Raub / Razlina Raus

Raus, Razlina (1996) Pembangunan pelancongan Jeram Besu di Daerah Raub / Razlina Raus. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kertas projek ini memaparkan industri pelancongan yang sedang giat dijalankan di Jeram Besu, Daerah Raub. Pembangunan pelancongan yang dilakukan oleh penguasa tempatan adalah untuk meningkatkan kepopularitian Jeram Besu kepada pengunjung. Kajian kes yang dikaji oleh penulis adalah tertumpu ci kawasan Jeram Besu sahaja, sungguhpun begitu penulis ada menyentuh sediktt sebanyak mengenai prospek pelancongan yang lain di Daerah Raub seperti Lata Jarum, Lata Lermik dan Taman Tasik Sungai Pasu. Pembangunan yang telah dibina oleh penguasa tempatan di Jeram Besu masih tidak mendapat kepuasan yang maksima bagi pandangan penulis dan di akhir bab iaitu bab enam, penulis memberikan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk mermangunkan industri pelanoongan di Daerah Raub, khususnya d Jeram Besu. Terdapat dua kaedah metodologi yang digunakan oleh penulis ketika melakukan kajan ini iaitu melalui data sekunder dan data primer. Data sekunder yang digunakan oleh penulis adalah kaedah pemerhatian serta kaedah temubual berdepan, manakala data primer yang rujuk oleh penulis merupakan kertas projek di Pejabat Daerah Raub, kertas projek senior d Kajian Pentadbiran dan Undang-undang serta buku rujukan d Perpustakaan Tun Abd. Razak, ITM Kampus Sabah. Di dalam bab lima, dinyatakan beberapa kepentingan Jeram Besu terhadap perkent>angan ekononi d Daerah Raub. Prospek yang dijangkakan akan berfaku ke atas Jeram Besu adalah cerah kerana mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri kepada Jeram Besu sebagai Pusat Arus Deras Kebangsaan. Keistimewaan yang terdapat ci sini seharusnya mendapat perhatian yang sewajarnya kerana ini menentukan prospek industri pelancongan di Daerah Raub. Penemuan yang telah ditemui oleh penulis adalah bersesuian dengan tajuk yang diutarakan iaitu untuk mengintai kemajuan yang telah dlaksanakan di Jeram Besu oleh penguasa tempatan. Walaupun berbagai usaha telah dilakukan, tetapi ianya masih tidak mencukupi bagi kemudahan pengunjung untuk mendapatkan perkhictnatan yang terbaik.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PP_RAZLINA BINTI RAUS AM S 96_5.pdf] Text
PP_RAZLINA BINTI RAUS AM S 96_5.pdf

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

27001

Indexing

Statistic

Statistic details