Laluan melepaskan diri di Resort (kes kajian: Impiana Resort, Cherating dan Duta Palm Resort, Rawang) / Aslida Omar

Omar, Aslida (2002) Laluan melepaskan diri di Resort (kes kajian: Impiana Resort, Cherating dan Duta Palm Resort, Rawang) / Aslida Omar. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Download

[thumbnail of TD_ASLIDA OMAR AP 02_5.pdf] Text
TD_ASLIDA OMAR AP 02_5.pdf

Download (109kB)

Abstract

Keselamatan adalah prinsip yang paling penting dalam aspek
perlindungan kebakaran bagi sesebuah bangunan. Jika sesebuah bangunan itu
terbakar, kesan bahaya yang paling utama ialah penghuni bangunan dan
perlindungan kebakaran kepada struktur mula difikirkan. Untuk itu, sistem laluan
kebakaran pada sesebuah bangunan adalah sangat perlu.
Resort seperti juga hotel yang menawarkan kemudahan tempat tinggal
serta beberapa kemudahan lain kepada para pengunjung mempunyai risiko
untuk terbakar. Dalam satu-satu masa tertentu, jumlah penghuni resort
meningkat terutamanya pada musim-musim percutian. Oleh itu, risiko
kebakaran perlulah menjadi agenda utama dalam perancangan rekabentuk
bagi sistem pencegahan kebakaran seperti laiuan melepaskan diri.
Walaupun tiada peristiwa kebakaran yang berlaku di resort sehingga kini, namun
langkah pencegahan perlu diambil. Seharusnya terdapat sistem jalan keluar
disediakan bagi mengelakkan penghuni terperangkap dalam kebakaran.
Jika dilihat kepada jumlah kematian akibat kebakaran'-pada tahun 1995
merupakan yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini. Pelbagai
langkah serta teknik bersepadu telah diambil oleh pihak bomba dalam mengurangi kebakaran di Malaysia namun kes-kes kebakaran terus meningkat.
Ramai orang tidak sedar bahawa satu sistem laluan keluar yang baik dapat
membantu dalam mengurangi bahaya kebakaran. Justeru itu, fokus utama
dissertasi ini ialah untuk melihat aplikasi sistem jalan keluar di sesebuah
resort ketika kebakaran sama ada mampu memberikan keselamatan
kepada penghuni atau tidak. Ini kerana kadangkala pihak professional yang
terlibat dalam proses rekabentuk tidak mengambil kira aspek laluan keluar
serta kehendak perundangan.
Kebakaran mungkin boleh diatasi jika pihak-pihak terlibat mematuhi
peraturan serta kehendak-kehendak perundangan. Aplikasi laluan keluar di
sesebuah resort sangat penting kerana bangunan seperti ini mempunyai
sistem rekabentuk yang agak rumit berbanding bangunan lain. Dengan
adanya sistem laluan yang baik, penghuni mungkin boleh menyelamatkan
diri sebelum kebakaran merebak.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email
Omar, Aslida
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 26431
Uncontrolled Keywords: Keselamatan; Kebakaran; Resort
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26431

Fulltext

Fulltext is available at:
  • UNSPECIFIED
  • ID Number

    26431

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item