Ketidaksantunan berbahasa dalam media sosial Facebook / Afifah Nurfarhanis Roslan

Roslan, Afifah Nurfarhanis (2016) Ketidaksantunan berbahasa dalam media sosial Facebook / Afifah Nurfarhanis Roslan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Strategi ketidaksantunan dalam komen pengguna Facebook dalam kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan yang telah diperkenal oleh Culpeper (1996). Data kajian dalam kajian ini diperoleh daripada beberapa komen pengguna yang diambil daripada page Oomedianetworks, OHBULAN! dan Mynewshub. Ketiga-tiga page yang dipilih ini menyebarkan pelbagai isu semasa yang menjadi tarikan masyarakat. Kajian ini telah mencapai objektifnya kerana kajian ini mendapati bahawa terdapat lima strategi ketidaksantunan digunakan dalam ujaran komen tersebut iaitu strategi ketidaksantunan secara langsung, strategi ketidaksantunan negatif, strategi ketidaksantunan positif, penggunaan sindiran dan menahan kesantunan. Terdapat tiga jenis ujaran yang digunakan oleh pengguna facebook dalam komen mereka. Ujaran yang pertama ialah ujaran mengandungi ketidaksantunan pada keseluruhan ayat. Seterusnya, terdapat ujaran yang mempunyai kesantunan dan juga ketidaksantunan dalam satu ayat tersebut. Jenis ujaran yang ketiga terdapat ujaran yang menunjukkan kesantunan tetapi menggunakan konteks yang tidak santun.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_AFIFAH NURFARHANIS ROSLAN APB 16_5.pdf] Text
PPb_AFIFAH NURFARHANIS ROSLAN APB 16_5.pdf

Download (0B)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

16213

Indexing

Statistic

Statistic details