Pemeliharaan keasrian bangunan warisan: Kajian terhadap Muzium Diraja Kuala Kangsar, Perak / Wan Solehah Mior Othman

Mior Othman, Wan Solehah (2014) Pemeliharaan keasrian bangunan warisan: Kajian terhadap Muzium Diraja Kuala Kangsar, Perak / Wan Solehah Mior Othman. [Student Project] (Unpublished)

Download

[thumbnail of PPb_WAN SOLEHAH MIOR OTHMAN FF 14_5.pdf] Text
PPb_WAN SOLEHAH MIOR OTHMAN FF 14_5.pdf

Download (411kB)

Abstract

Kajian ini lebih menfokuskan mengenai strategi pemeliharaan keasrian bangunan warisan yang dijalankan terhadap Muzium Diraja Kuala Kangsar, Perak. Muzium Diraja Kuala Kangsar telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Sejarah di bawah Akta 645 pada 9 Mac 2009. Bangunan-bangunan warisan merupakan satu sejarah negara yang amat bernilai dan berharga. Bagi mengekalkan bangunan-bangunan warisan ini, pemeliharaan hendaklah dijalankan untuk menjamin keutuhan dari segi reka bentuk dan nilai seni bina. Pemeliharaan merupakan satu proses penjagaan sesuatu tempat atau bangunan bagi tujuan mengekalkan corak, kebudayaan dan keadaan asalnya. Kajian adalah berdasarkan pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual terancang dan rujukan perpustakaan dan pelbagai kaedah pencari data. Hasil kajian menemukan bahawa ciri konservasi itu perlu diterapkan dalam struktur bangunan warisan. Mengekalkan warisan seni bina bangunan ini juga melibatkan proses penyelenggaraan, pengekalan, pemeliharaan, pembinaan semula dan pengubahsuaian. Dengan adanya kajian ini diharap akan menambahkan lagi bahan mengenai tajuk ini dan sebagai panduan kepada mereka yang berminat dalam lapangan pemeliharaan bangunan warisan di Malaysia khususnya.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email
Mior Othman, Wan Solehah
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
N Fine Arts > NA Architecture > Museums. Exhibitions
N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying > Conservation and restoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15084
Uncontrolled Keywords: Pemeliharaan, keasrian, bangunan warisan, konservasi
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15084

Fulltext

Fulltext is available at:
  • UNSPECIFIED
  • ID Number

    15084

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item