Catan cat air Sharifah Zuriah Aljeffri tahun 1978 hingga 2002 / Siti Syamimah Nangen

Nangen, Siti Syamimah (2003) Catan cat air Sharifah Zuriah Aljeffri tahun 1978 hingga 2002 / Siti Syamimah Nangen. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Download

[thumbnail of TD_SITI SYAMIMAH NANGEN AD 03_5.pdf] Text
TD_SITI SYAMIMAH NANGEN AD 03_5.pdf

Download (1MB)

Abstract

Tesis ini merupakan sebuah kajian latar belakang seorang pelukis wanita tempatan
yang merupakan seorang ahli seni sejati. Beliau merupakan tokoh masyarakat, idola
dan perintis dalam bidangnya, iaitu catan cat air. Selain itu kajian ditumpukan juga
kepada 10 karya-karya beliau yang dipilih dari tahun 1978 hingga 2002.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang peribadi
dan kehidupan Sharifah Zuriah Aljeffri sebagai seorang pelukis merangkap seorang
aktivis masyarakat.Tujuan kedua ialah untuk mengkaji tentang teknik, bahan yang
digunakan serta nilai dan falsafah yang terdapat dalam 10 buah catan cat air Sharifah
Zuriah Aljeffri yang dipilih dari tahun 1978 hingga 2002.
Kaedah yang digunakan untuk kajian ini adalah kaedah temubual dan kaedah analisis
karya. Kaedah temubual dilakukan untuk mendapatkan maklumat daripada tokoh
yang dikaji, iaitu Sharifah Zuriah Aljeffri. Soalan yang diajukan kepada tokoh
semasa temubual dijalankan adalah berkenaan dengan biografi diri beliau, latar
belakang beliau, sejarah penglibatan beliau dalam arena seni lukis catan cat air serta
apakah karya berkenaan dengan karya-karya beliau. Temubual telah diadakan di
rumah beliau yang terletak di Bandar Utama Damansara. Kaedah analisisi karya pula
digunakan untuk mengupas faktor-faktor yang menyebabkan karya-karya beliau
kelihatan, berkesan serta untuk mengkaji fa1safah-falsafah yang disampaikan melalui
karya-karya Puan Sharifah Zuriah Aljeffri. Karya-karya yang terpilih dalam tahun
1978 hingga 2002 sahaja yang akan dianalisa
Setelah membuat kajian dan perbincangan mengenai tajuk yang dipilih ini, rumusan
yang dapat dibuat adalah tokoh yang dipilih iaitu Sharifah Zuriah Aljeffri,
merupakan antara wanita Melayu yang melukis dengan menggunakan lukisan dan
teknik berus Cina. Pada tahun-tahun awal pembabitan Sharifah Zuriah dalam
senilukis ini iaitu antara tahun 1978 hingga 1980-an, lukisan-lukisan yang beliau
hasilkan banyak menggunakan konsep dan tema lukisan berus Cina yang jelas.
Namun pada tahun 1990-an, subjek yang digunakan oleh Sharifah Zuriah mula
menampakkan perbezaan. Dari menggunakan subjek-subjek alam semulajadi dan
alam sekitar yang merupakan subjek utama lukisan berus Cina beliau mula beralih
kepada lukisan yang menggunakan subjek yang lebih universal dengan tema yang
lebih kepada unsur-UllSur sosial yang berlaku di sekeliling beliau. Teknik yang
digunakan pada kebanyakan lukisan tokoh pula adalah teknik lukisan berus Cina. lui
dapat dilihat pada penggunaan bahan, gaya, 'stroke' dan juga teknik. lni terjadi
kerana Sharifah Zuriah mendapat pendidikan awallukisan menerusi gurunya iaitu
seorang yang berbangsa Cina. Melalui teknik lukisan berus Cina inilah Sharifah
Zuriah berkarya dengan berbagai-bagai jenis bahan dan kertas.Dari segi nilai pula,
setiap karya Sharifah Zuriah mempunyai falsafah dan nilai yang tersendiri. Daripada
menyampaikan pesanan mengenai kecantikan alam semulajadi, pemandangan laut,
hutan dan juga burung-burung serta tumbuhan, beliau juga menyampaikan mesej
yang lebih universal iaitu mesej kedamaian antara sesama manusia dan peperangan

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email
Nangen, Siti Syamimah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > ND Painting > Watercolor painting
N Fine Arts > ND Painting > Biography > Women painters > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Item ID: 14432
Uncontrolled Keywords: Catan, cat air, pelukis, Sharifah Zuriah Aljeffri
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14432

Fulltext

Fulltext is available at:
  • UNSPECIFIED
  • ID Number

    14432

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item