Istiadat Konvokesyen Ke-59 : 15 - 24 April 2004 : Dewan Sri Budiman, UiTM

UiTM, Jabatan Komunikasi Korporat (2004) Istiadat Konvokesyen Ke-59 : 15 - 24 April 2004 : Dewan Sri Budiman, UiTM. Jabatan Komunikasi Korporat, Shah Alam.

Abstract

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana atas limpah keizinanNya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) berpeluang untuk terus mengadakan Istiadat Konvokesyen kali yang ke 59 bermula dari 15 April hingga 24 April 2004. Istiadat kali ini agak istimewa dengan diserikan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik dan Kerajaan kepada Y. A. Bhg. l\m Dr. Mahathir Mohamad yang mendahului 12,483 orang bakal graduan yang akan dianugerahkan ijazah serta diploma masing-masing pada sepanjang istiadat ini berlangsung. Istiadat konvokesyen merupakan tradisi keilmuan bagi mana-mana universiti. la merupakan kemuncak paling bermakna serta meninggalkan memori yang seolah-olah kekal dalam lipatan ingatan semua individu yang pernah bergelar mahasiswa atau mahasiswi. Dalam satu-satu istiadat konvokesyen, segala doa dan harapan dipadukan bersama-sama keyakinan dan keteguhan kepercayaan bahawa segala maklumat, panduan serta tunjuk-ajar yang diperolehi selama berada di universiti ini dapat dimanfaatkan dan dijelmakan dalam pelbagai bentuk ilmu demi kesejahteraan umat manusia amnya. Istiadat konvokesyen sememangnya gah dan meriah. Bagaimana pun, ini bukanlah titik penghujung yang menjadi destinasi muktamad kepada suatu perjalanan yang dimulakan oleh setiap mahasiswa atau mahasiswi. Istiadat konvokesyen merupakan simbol besar yang dalam maknanya dalam menamat sesuatu bidang pengajian. Disiplin-disiplin yang dimahiri selama dalam proses pendidikan di universiti ini tidak lebih hanya sekadar untuk menjadikan seseorang lebih matang dan bersiap-sedia dalam menempuh apa jua yang akan dilaluinya pada masa akan datang. InsyaAllah, selama berada di persekitaran universiti ini, selepas diasuh dan dididik pada kadar dan tahap tertentu, seseorang mahasiswa akan berupaya menterjemah segala maklumat dan intipati pengajiannya sama ada secara konsepsi mahupun amali agar ilmu yang bermanfaat itu bukan sahaja kepada dirinya sendiri malah kepada orang lain. Saya serta seluruh warga UiTM sentiasa berusaha dan berdoa semoga semua bakal graduan pada Istiadat Konvokesyen kali ini berupaya melalui liku-liku kehidupan yang berbeza selepas ini dengan tenang, berazam dan bersemangat juang yang tinggi. Kita berdoa semoga mereka sentiasa berbangga memperagakan kekuatan semangat serta falsafah hidup mereka yang mencerminkan keunggulan UiTM sebagaimana mereka berbangga mengibar-ngibarkan bendera UiTM walau di mana sahaja mereka berada selepas ini. Kepada ibubapa, keluarga serta para graduan sendiri, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan mereka yang dilambangkan menerusi istiadat gilang-gemilang ini. Demikian juga penghargaan saya terhadap kesabaran, ketabahan, serta kefahaman mereka terhadap segala onak-duri dalam pendidikan tinggi selama berada di universiti ini. Terima kasih. Wassalam.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
CreatorsID Num. / Email
UiTM, Jabatan Komunikasi KorporatUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Number: 59
Item ID: 8038
Uncontrolled Keywords: Istiadat Konvokesyen Ke-59, UiTM
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8038

Download

[img] Text
BUKU KONVO KE-59.pdf

Download (37MB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year