Pelaksanaan subjek hubungan etnik tanpa peperiksaan akhir di UiTM Cawangan Melaka / Noor Aziera Mohamad Rohana … [ et al.]

Mohamad Rohana, Noor Aziera and Hashim, Siti Nurul Izza and Ab Hamid, Norafifah and P.Rameli, Mohd Faizal and Mohamed @ Haji Daud, Norizah (2020) Pelaksanaan subjek hubungan etnik tanpa peperiksaan akhir di UiTM Cawangan Melaka / Noor Aziera Mohamad Rohana … [ et al.]. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 1. pp. 18-34. ISSN 2006-9617

Abstract

Pendidikan merupakan wadah utama pembangunan modal insan yang perlu diberi perhatian oleh pelbagai pihak. Penekanan terhadap aspek pendidikan dapat melahirkan semangat cintakan agama, bangsa dan tanahair, iaitu melalui mata pelajaran seperti sejarah dan ketamadunan. Lazimnya di peringkat pengajian tinggi, antara mata pelajaran yang berkaitan dengan tujuan ini adalah subjek ‘Hubungan Etnik’. Selain institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang ada di Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak ketinggalan dalam menetapkan subjek Hubungan Etnik sebagai subjek wajib dan perlu diambil oleh pelajar-pelajarnya di seluruh cawangan, termasuklah cawangannya di Melaka. Pengajaran dan pembelajaran subjek Hubungan Etnik masa kini menjadi satu cabaran besar kepada para pensyarah untuk menarik minat para pelajar. Cabaran ini semakin dirasai apabila berlakunya perubahan dalam rangka kursus Hubungan Etnik di UiTM di mana ia dilaksanakan tanpa peperiksaan akhir bermula semester Mac-Julai 2018. Namun begitu, silibus tanpa peperiksaan ini tetap penting kerana para pelajar bukan semata-mata dinilai dari sudut akademik semata-mata, bahkan akan diuji dengan pendekatan penilaian berterusan untuk sepanjang semester. Keadaan ini mewujudkan kesukaran dalam menilai keberkesanan isi kandungan kursus dalam kalangan para pelajar. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kepentingan subjek Hubungan Etnik terhadap pembinaan negara bangsa di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menghuraikan pendekatan-pendekatan yang digunapakai dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik di UiTM Cawangan Melaka. Kajian kualitatif ini dilakukan menggunakan kaedah pengumpulan maklumat dari dokumen-dokumen yang berautoriti di UiTM. Data-data yang dikumpul melalui proses pengekodan dan dianalisa secara induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa subjek Hubungan Etnik adalah penting dalam pembentukan negara bangsa walaupun kaedah pelaksanaannya tanpa peperiksaan akhir. Kaedah penilaian subjek ini mendedahkan para pelajar kepada kepelbagaian sumber ilmu berkaitan sejarah, kepelbagaian bangsa dan juga kemahiran yang lebih dikenali sebagai soft-skill.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Rohana, Noor Aziera
UNSPECIFIED
Hashim, Siti Nurul Izza
UNSPECIFIED
Ab Hamid, Norafifah
UNSPECIFIED
P.Rameli, Mohd Faizal
UNSPECIFIED
Mohamed @ Haji Daud, Norizah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Creative ability. Imagination. Creative thinking. Concept learning. Constructivism (Education)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Melaka
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 1
Page Range: pp. 18-34
Keywords: Hubungan etnik; Sejarah; Bangsa; Perpaduan; Ilmu; Kemahiran
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43406
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 43406.pdf] Text
43406.pdf

Download (351kB)

ID Number

43406

Indexing

Statistic

Statistic details