Produk pelancongan jejak warisan Bandar Alor Setar, Kedah Darulaman : isu dan cabaran / Nur Hanim Ilias dan Azran Mansor

Ilias, Nur Hanim and Mansor, Azran (2012) Produk pelancongan jejak warisan Bandar Alor Setar, Kedah Darulaman : isu dan cabaran / Nur Hanim Ilias dan Azran Mansor. In: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012), 16-17 April 2012, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

Abstract

Pelancongan warisan di Malaysia semakin mendapat tempat dan permintaan daripada pelancong. ‘Heritage
Trail’ atau Jejak Warisan merupakan satu produk pelancongan yang bertanggung jawab untuk memberikan
informasi mengenai nilai warisan sesuatu tempat dan secara tidak langsung memperkenalkan keunikan tempat
tersebut. Penyelidikan yang dijalankan di Bandar Alor Setar yang telah berusia 275 tahun ini adalah untuk mengkaji isu dan cabaran program Jejak Warisan Bandar Alor Setar sebagai produk pelancongan di negeri Kedah Darulaman. Gabungan kaedah kualitatif serta kuantitatif telah dilakukan di dalam penyelidikan ini. Kaedah kualitatif dilaksanakan secara etnografi iaitu melalui temubual serta pemerhatian dan pengamatan untuk menilai kualiti pelaksanaan program tersebut. Kaedah kuantitatif pula dilakukan dengan menjalankan soal selidik di kalangan pelancong dan pengunjung untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap program Jejak Warisan Bandar Alor Setar sebagai produk pelancongan. Penemuan penyelidikan menunjukkan bahawa, terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh program Jejak Warisan Bandar Alor Setar yang secara tidak langsung telah menjejaskan kualiti produk pelancongan tersebut. Perlaksanaan dan penyediaan komponen yang kurang memuaskan di dalam program tersebut menjadi isu dan cabaran utama terhadap
penerimaan produk pelancongan warisan di kalangan pelancong di Bandar Alor Setar.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ilias, Nur Hanim
nurha048@perak.uitm.edu.my
Mansor, Azran
azran973@perak.uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > World Heritage areas
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > World Heritage areas > Malaysia
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism > Malaysia
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > History of discoveries, explorations, and travel
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Special voyages and travels
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012)
Event Dates: 16-17 April 2012
Page Range: pp. 756-761
Keywords: Pelancongan warisan, program jejak warisa
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43166
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 43166.pdf] Text
43166.pdf

Download (428kB)

ID Number

43166

Indexing

Statistic

Statistic details