Kedudukan tadbir urus wakaf di Malaysia: kajian dari sudut hubungan terhadap Siyasah Shar’iyyah / Mohd Ridzuan Mohamad

Mohamad, Mohd Ridzuan (2020) Kedudukan tadbir urus wakaf di Malaysia: kajian dari sudut hubungan terhadap Siyasah Shar’iyyah / Mohd Ridzuan Mohamad. Journal of Contempory Islamic Studies, 6 (1). pp. 135-149. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

Tadbir urus wakaf merupakan suatu isu penting kerana ia melambangkan imej terhadap badan pentadbiran Islam iaitu Majlis Agama Islam Negeri- Negeri (MAIN). Dasar perundangan telah menetapkan bahawa MAIN merupakan badan yang bertanggungjawab bagi mengurus, mentadbir dan membangun segala harta-harta wakaf. Beberapa pandangan ulama silam menjelaskan bahawa tadbir urus wakaf hendaklah dilaksanakan melalui pendekatan Siyasah Shar’iyyah. Namun demikian pelaksanaan ini belum dilaksanakan sepenuhnya. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan menerokai sejauh manakah hubungan yang ada di antara tadbir urus wakaf dengan Siyasah Shar’iyyah. Kajian ini dilaksanakan melalui kajian kualitatif dan teknik yang digunapakai adalah teknik penerokaan dokumen iaitu kitab-kitab turath yang melibatkan perbahasan Siyasah Shar’iyyah. Ia dianalisis dengan kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa hubungan Siysah Shar’iyyah adalah penting terhadap tadbir urus wakaf. Nilai-nilai Siyāsah Shar’iyyah mempunyai kedudukan yang singnifikan apabila ia dilaksanakan ke atas tadbir urus wakaf yang melibatkan pengurusan, kewangan dan perundangan wakaf. Nilai-nilai Siyasah Shar’iyyah tersebut berada pada tiga kategori utama iaitu pertama Dusturiyyah, kedua Dawliyyah dan ketiga Māliyyah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad, Mohd Ridzuan
duan_shi@yahoo.com.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 6
Number: 1
Page Range: pp. 135-149
Keywords: Tadbir urus wakaf, Siyasah Shar’iyyah, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Enakmen wakaf negeri-negeri dan pembangunan wakaf
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42959
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42959.pdf] Text
42959.pdf

Download (724kB)

ID Number

42959

Indexing

Statistic

Statistic details