Kedudukan tempat simpanan harta (Al-Hirz) dalam jenayah siber masa kini: analisis menurut perspektif Islam / Khairul Azhar Meerangani … [et al.]

Meerangani, Khairul Azhar and Ahmad Termimi, Muhammad Asyraf and Ibrahim, Ahmad Faqih and Mat Johar, Muhammad Hilmi (2020) Kedudukan tempat simpanan harta (Al-Hirz) dalam jenayah siber masa kini: analisis menurut perspektif Islam / Khairul Azhar Meerangani … [et al.]. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 1 (1). pp. 1-17. ISSN 2006-9617

Abstract

Kecanggihan teknologi masa kini menyaksikan peningkatan permintaan perkhidmatan atas talian membabitkan pelbagai urusan. Meskipun hal ini membawa impak yang positif, namun kecanggihan ini sebenarnya berpotensi disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan jenayah. Jenayah siber merupakan bentuk jenayah moden yang semakin meningkat seiring dengan kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat. Jenayah kecurian harta benda antaranya membabitkan aktiviti seperti penggodaman (hacking), penipuan siber (scamming ), pencerobohan maklumat dan data (phishing), pemalsuan kad kredit dan kad akaun bank serta pemindahan wang secara haram merupakan jenayah siber yang semakin berleluasa pada masa kini. Dalam pensabitan hukuman bagi jenayah ini menurut perspektif Islam, elemen al-hirz atau tempat simpanan harta merupakan antara perkara utama yang akan diberikan perhatian. Persoalannya, bagaimanakah penilaian Islam terhadap bentuk al-hirz dalam konteks semasa yang telah mengalami perubahan daripada format fizikal kepada format digital. Maka, kajian ini bertujuan menilai kedudukan elemen al-hirz dalam jenayah siber masa kini terutamanya membabitkan aspek pensabitan hukuman bagi jenayah mencuri. Elemen al-hirz dalam format digital yang wujud dalam transaksi atas talian (on-line) masa kini membolehkan pelakunya disabitkan dengan hukuman bagi jenayah mencuri menurut Islam sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan oleh para sarjana Muslim.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Meerangani, Khairul Azhar
UNSPECIFIED
Ahmad Termimi, Muhammad Asyraf
UNSPECIFIED
Ibrahim, Ahmad Faqih
UNSPECIFIED
Mat Johar, Muhammad Hilmi
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > General works on Islam
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 1-17
Keywords: Teknologi; Jenayah siber; Kecurian harta; Al-Hirz; Transaksi atas talian
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42942
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42942.pdf] Text
42942.pdf

Download (395kB)

ID Number

42942

Indexing

Statistic

Statistic details