Sri Kebab Enterprise / Mohd Fadylisham Mohd Hadi … [et al.]

Mohd Hadi, Mohd Fadylisham and Isnin, Ahmad Razif and Rokman, Hezry and Mohd Ramiy, Fazril Hezri and Ab. Mutalip, Nor Azwa (1999) Sri Kebab Enterprise / Mohd Fadylisham Mohd Hadi … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

SRI KEBAB ENTERPRISE adalah sebuah syarikat yang mengeluar dan menjual kebab. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat perkongsian yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. SRI KEBAB mengkhususkan penjualan pelbagai jenis kebab pelbagai perisa antaranya kebab ayam dan kebab daging. Pemilihan untuk membuka SRI KEBAB adalah berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan terhadap penjualan makanan segera yang begitu mendapat perhatian penggemar makanan segera. Ini disebabkan masyarakat Malaysia dewasa kini lebih suka memilih untuk memakan makanan segera kerana ianya mudah dan cepat untuk disediakan berdasarkan di atas kemajuan masyarakat Malaysia masa kini. Oleh itu kami memilih untuk membuka sebuah kedai kebab berdasarkan di atas saingannya yang masih kurang.
Kami mendapati perniagaaan kebab ini mempunyai potensi besar untuk berkembang pesat dan berjaya berdasarkan kepada faktor lokasinya yang strategik dan terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam yang mana ianya menjadi tumpuan orang ramai di samping kemudahan infrastruktur yang lengkap dan serba moden. Syarikat kami akan memulakan perniagaan pada 1 januari 2006 bertempat di Kota Franchais Shah Alam Malaysia Sdn. Bhd. 3rd Floor Business Centre, 40000 Shah Alam, Selangor. Kelebihan SRI KEBAB adalah berdasarkan lokasi perniagaan yang terletak berhampiran lokasi orang ramai berkunjung antaranya Kompleks PKNS, Muzium Shah Alam, Wisma MPSA, Taman Tasik Shah Alam, Stadium Shah Alam, Litar lumba Shah Alam dan sebagainya. Pemiagaan SRI KEBAB berbekalkan modal sebanyak RM 90,000 dan mempunyai 6 orang pekerja tetap di bawah pengurusan operasi yang menguruskan penjualan kebab. Di dalam Rancangan Perniagaan ini kami talah menyediakan satu bentuk organisasi untuk dijadikan sebagai panduan kepada kami dalam menjalankan perniagaan dengan lebih sistematik dan efektif. lanya untuk menjamin segala usaha yang kami lakukan dengan memberikan satu pulangan yang menguntungkan pada perniagaan kami. Konsep perniagaan yang kami jalankan ini berdasarkan kehendak dan permintaan pelanggan yang menjadi keutamaan kami. Prinsip setiap ahli di dalam syarikat ini ialah bekerjasama antara ahli dan ketekunan dalam menjalankan setiap tugas yang di amanahkan. Akhir sekali, kami yakin dengan segala apa yang kami ada dan usaha yang gigih setiap ahli mampu menjadikan syarikat kami ini terus maju sejajar dengan matlamat syarikat kami.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Hadi, Mohd Fadylisham
96146554
Isnin, Ahmad Razif
96892526
Rokman, Hezry
96597150
Mohd Ramiy, Fazril Hezri
96145789
Ab. Mutalip, Nor Azwa
96952799
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Nordin, Nasir
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40242
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 40242.pdf] Text
40242.pdf

Download (249kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

40242

Indexing

Statistic

Statistic details