Vogue Collection / Marina Om Sharom… [et al.]

Sharom, Marina Om and Zulkalpely, Normarizan and Mohmed Azhari, Marini and Tan, Rohaida and Yusop, Hasnida (1998) Vogue Collection / Marina Om Sharom… [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Perniagaan kami diberi nama VOGUE COLLECTION yang terdiri daripada lima orang yang bertindak sebagai rakan kongsi. Perniagaan kami menumpukan perhatian kepada penjualan pelbagai jenis kain tudung dan aksesori terkini yang mendapat tempat di kalangan wanita zaman sekarang. Kami menjual kain-kain tudung yang diimpot khas dari Turki. Kami mendapatkan kain-kain tudung ini daripada pengedar (berbangsa Turki) iaitu Turkish Store. Kain-kain tudung yang kami jual ini berkualiti tinggi dan terdiri daripada pelbagai jenis seperti shifon crepe, sutera, shifon batik, selendang polyster, jakuar, cdc dsbnya. Jenis - jenis kain tudung yang kami jual mempunyai tiga saiz iaitu besar berukuran 1.4 meter, sederhana (saiz normal) berukuran 1.2meter dan kecil berukuran 1 meter. Selain itu, kami juga adalah rakan niaga kepada D'or fesyen iaitu perniagaan menjual aksesori wanita seperti kerongsang dan pin tudung. Kerongsang - kerongsang dan pin-pin tudung yang kami jual ini juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti mahligai, mutiara, mahsuri, lagenda, manja, mustika dan gemilang. Lebih menarik lagi, kami juga ada menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti khidmat selepas jualan dan khidmat rundingan seperti nasihat tentang kesesuaian pemakaian tudung untuk majlis-majlis tertentu, padanan tudung dengan jenis pakaian, cara basuhan dan penjagaan tudung, dan kesesuaian aksesori dengan pakaian. Kedai kami terletak di Kompleks membeli-belah Jaya Jusco Alpha Angle,Lot E 27, Jalan Rl, Seksyen 1, Bandar Baru, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Lokasi yang kami pilih adalah strategik memandangkan kompleks ini terletak di Kawasan yang mempunyai kadar bilangan penduduk Melayu (Islam) yang agak ramai berbanding kaum-kaum lain. Selain itu, kompleks membeli belah ini juga terletak di tengah-tengah antara kawasan-kawasan dari Setiawangsa dan Mindef dan Wangsa
Maju dan Taman Melawati, di mana ia menjadi tumpuan penduduk-penduduk di situ.
Kami akan memulakan pemiagaan kami pada 2/01/2003. Kami memilih jenis perniagaan ini adalah kerana permintaan yang meningkat terhadap kain tudung yang berkualiti tinggi dan yang bersaiz besar, sederhana atau kecil (mengikut citarasa masa kini). Antara faktor-faktor lain ialah ia memenuhi kehendak Islam yang mewajibkan kaum Muslimin bertudung dan dengan itu kami menyediakan pelbagai jenis kain tudung untuk wanita Muslimin amnya. Selain itu, kami juga memberi alternative kepada para pembeli khususnya kaum wanita untuk mempelbagaikan koleksi tudung untuk di sesuaikan dengan fesyen terkini.
Kami percaya dan menjangkakan bahawa perniagaan ini mempunyai potensi daya maju di masa hadapan. Memandangkan jenis perniagaan kami hanyalah satusatunya yang terdapat di situ, jadi kami bertambah yakin bahawa ia adalah perniagaan yang menguntungkan di samping dapat memenuhi citarasa wanita masa kini.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sharom, Marina Om
96961054
Zulkalpely, Normarizan
96137725
Mohmed Azhari, Marini
96355851
Tan, Rohaida
96960886
Yusop, Hasnida
96519581
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Abdullah, Nurjalilah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bandaraya Melaka Campus > Faculty of Business and Management
Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development
Date: 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39455
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 39455.pdf] Text
39455.pdf

Download (569kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

39455

Indexing

Statistic

Statistic details