Analisis bibliometrik terhadap bahan penerbitan berhubung kapur barus: meneliti potensi penyelidikan terbaru / Mohd Farhan Md Ariffin... [et al.]

Md Ariffin, Mohd Farhan and Ahmad, Khadher and Mohd Yusoff, Mohd Yakub@Zulkifli and Awang, Khalijah and Othman, Rozana and Abd Razzak, Monika@Munirah and Raja Yusof, Raja Jamilah and Fauzi, Nurulwahidah and Yakob, Mohd Asmadi (2015) Analisis bibliometrik terhadap bahan penerbitan berhubung kapur barus: meneliti potensi penyelidikan terbaru / Mohd Farhan Md Ariffin... [et al.]. Jurnal Intelek, 10 (1). pp. 12-24. ISSN 2682-9223

Abstract

Kapur barus (camphor) merupakan khazanah alam semulajadi yang amat bernilai. Trend penerbitan penyelidikan berkenaan kapur barus telah dikaji. Kajian ditumpukan kepada pengumpulan dan analisis kandungan terutamanya dalam bidang penyelidikan utama berhubung kapur barus. Merujuk hasil ‘literature review’, pengkaji mendapati penyelidikan lepas mengenai kapur barus didominasi oleh artikel jurnal (65.6%) dan buku (26.2%). Melihatkan metode analisis yang pernah dilakukan, penyelidikan lepas berkenaan kapur barus kebanyakannya berkisar tentang analisis saintifik (kajian makmal). Bagi kajian sains sahaja, telah terbahagi kepada lima bidang kajian. Fokus aspek perbincangan saintifik terhadap kapur barus meliputi bidang Pharmacology, Bio-Teknologi, Sains Botani, Bio-Perubatan dan Bio-Kimia. Dinilai dari jumlah penyelidikan, sebanyak 43 jenis bahan melibatkan kajian dari aspek saintifik dibandingkan hanya 3 berasaskan pengajian Islam (Islamic Studies) dan 15 berkaitan sejarah (histories). Namun, penyelidikan mengenai pokok dan sifat kapur barus spesies Asia Tenggara Tenggara (jenis Dryobalanops Camphora Aromatica) amat kurang. Kajian paling banyak berkisar mengenai kapur barus yang hanya terdapat di China dan Jepun (jenis Cinnamomum camphora). Oleh itu, bahan ilmiah berkaitan pokok kapur barus Asia Tenggara, Dryobalanops Camphora Aromatica dari kedua sudut agama, juga perincian saintifik amat terhad. Justeru, usaha lanjutan terhadap kapur barus diharapkan mampu menghasilkan sesuatu bagi manfaat Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Ariffin, Mohd Farhan
UNSPECIFIED
Ahmad, Khadher
UNSPECIFIED
Mohd Yusoff, Mohd Yakub@Zulkifli
UNSPECIFIED
Awang, Khalijah
UNSPECIFIED
Othman, Rozana
UNSPECIFIED
Abd Razzak, Monika@Munirah
UNSPECIFIED
Raja Yusof, Raja Jamilah
UNSPECIFIED
Fauzi, Nurulwahidah
UNSPECIFIED
Yakob, Mohd Asmadi
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General)
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Research. Information retrieval. Information behavior. Information literacy
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus
Journal or Publication Title: Jurnal Intelek
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI)
ISSN: 2682-9223
Volume: 10
Number: 1
Page Range: pp. 12-24
Keywords: Kapur barus; Dryobalanops Camphora Aromatica; Trend penyelidikan; Cadangan; Penyelidikan Baru
Date: June 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35864
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35864.pdf] Text
35864.pdf

Download (465kB)

ID Number

35864

Indexing

Statistic

Statistic details