Pengaruh faktor keagamaan dalam urus tadbir dana infaq / Hasan Bahrom ... [et al.]

Bahrom, Hasan and Md Noor, Abdul Halim and Saleh, Ariffin and Rahim, Abdul (2014) Pengaruh faktor keagamaan dalam urus tadbir dana infaq / Hasan Bahrom ... [et al.]. In: TeSSHI 2014- Technology, Science Social Sciences, Humanities, 5 & 6 Nov 2014, One Hotel Helang, Langkawi Kedah Malaysia.

Abstract

Faktor keagamaan adalah penting kerana ia memberi kesan kepada perubahan sikap individu ke arah kehidupan yang lebih positif yang akhirnya akan membentuk worlview dan gaya hidup individu dalam jangka panjang. Sejarah telah membuktikan bagaimana agama memainkan peranan penting kepada penghalang berlakunya perkara negatif dalam kehidupan masyarakat. Banyak kajian yang dilakukan memperkatakan persoalan tersebut antaranya Hairunnizam Wahid (2010) berkaitan dengan Pengaruh Faktor Keagamaan Terhadap Kualiti Hidup Individu: Kajian Kes Anaf Fakir dan Miskin mendapati bahawa agama menjadi faktor yang mempengaruhi peningkatan kualiti hidup masyarakat. Demikian juga dengan Dirk Baier (2013) The Influence of Religiosity on Violent Behavior of Adolescents: A Comparison of Christian and Muslim Religiosity, mendapati bahawa agama menjadi faktor penghalang berlakunya sifat yang kurang baik. Berbeza dengan pendapat yang dikemukakan oleh Budi Anto Mohd Tamring, (2008) dalam kajian beliau berkaitan Pengaruh agama dalam interaksi dan toleransi etnik: Kajian ke atas pelajar bumiputra Sabah di Universiti Malaysia Sabah, beliau mendapati peranan agama tidak begitu ketara boleh mempengaruhi sikap dan watak individu. Banyak kes yang berlaku atas penyelewengan dana kebajikan yang dikutip hanya sampai sebahagian sahaja kepada penerima. Justeru timbul persoalan sejauh manakah nilai keagamaan mampu membendung penyelewengan atau salah tadbir urus dana infaq?. Apakah program keagamaan yang diterapkan oleh institusi agama dapat meningkatkan kefahaman nilai agama dan amalan kegamaan yang akhirnya akan mengurangkan salah guna dalam urus tadbir dana dana infaq?. Kajian ini akan membina pembolehubah indeks keagamaan berasaskan kepada maqasid syariah dan seterusnya menguji hubungannya dengan beberapa pembolehubah demografi dan urus tadbir yang baik

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bahrom, Hasan
hasanbahrom@gmail.com
Md Noor, Abdul Halim
drabdhalim@melaka.uitm.edu.my
Saleh, Ariffin
arila@melaka.uitm.edu.my
Rahim, Abdul
aimaz84@yahoo.com
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: TeSSHI 2014- Technology, Science Social Sciences, Humanities
Event Dates: 5 & 6 Nov 2014
Page Range: pp. 318-325
Keywords: Urus Tadbir, Dana Infaq, Faktor Keagamaan, Penyelewengan
Date: November 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35465
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35465.pdf] Text
35465.pdf

Download (230kB)

ID Number

35465

Indexing

Statistic

Statistic details