Persepsi guru dan pelajar - pelajar sekolah menengah di negeri Kedah terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM): satu tinjauan / Zaliha Hussin ... [et al.]

Hussin, Zaliha and Ismail, Normala and Zainal, Noor Saliza and Shamsuddin, Kamal Bahrin (2005) Persepsi guru dan pelajar - pelajar sekolah menengah di negeri Kedah terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM): satu tinjauan / Zaliha Hussin ... [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti corak persepsi guru dan pelajar sekolah menengah terhadap kewujudan UiTM. Kajian ini turut meneliti asas - asas pemilihan UiTM sebagai universiti pilihan utama berdasarkan faktor dasar dan wawasan UiTM, sejarah dan penubuhan UiTM, nasihat keluarga dan guru, bantuan kewangan dan
model graduan, program pengajian, imej, reputasi dan publisiti universiti. Sampel kajian terdiri daripada 2 I I orang guru dan 657 orang pelajar Tingkatan Em pat ( 4) dan
Tingkatan Enam (6) Rendah pelbagai aliran daripada duabelas (12) buah sekolah menengah di Negeri Kedah meliputi SMK Baling, SMK Yan, SMK Kuala Ketil, SMK
Pokok Sena, SMK Changloon, SMK Jitra, SMK Kubur Panjang, SMK Bedong, SMK Guar Chempedak, SMK Aman Jaya dan SMK Sik. Data dikutip dengan mengedarkan borang soal selidik setelah memperolehi kebenaran daripada Pengurusan UiTM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Data dianalisis dan diproses menggunakan kaedah 'Statistical Package for Social Sciences' (SPSS) versi 12.1. Kajian mendapati persepsi terhadap UiTM dipengaruhi oleh dasar dan wawasan, program pengajian yang ditawarkan serta sejarah dan penubuhan . universiti. Kajian turut
mendapati bahawa asas - asas pemilihan UiTM sebagai universiti pilihan utama adalah model graduan yang dihasilkan, kemudahan kewangan yang tersedia, kepelbagaian program pengajian yang ditawarkan, imej, reputasi universiti, publisiti, aktiviti - aktiviti
pelajar dan saranan pihak luar. Seterusnya kajian mendapati terdapat kalangan masyarakat yang menolak UiTM sebagai universiti pilihan utama. Terdapat dua faktor
yang mendasari penolakan mereka iaitu akademik dan imej universiti.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hussin, Zaliha
drzaliha@kedah.uitm.edu.my
Ismail, Normala
nmala391@uitm.edu.my
Zainal, Noor Saliza
saliza351@uitm.edu.my
Shamsuddin, Kamal Bahrin
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Total quality management in education. Total quality management in higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Educational evaluation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Keywords: SMK Baling; SMK Yan; SMK Kuala Ketil
Date: January 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35030
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35030.pdf] Text
35030.pdf

Download (220kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

35030

Indexing

Statistic

Statistic details