Bentuk naratif dari pespektif teori filem kognitif: kajian terhadap filem Identity (2003) dan Predestination (2014) / Mohd Safwan Ahmad

Ahmad, Mohd Safwan (2017) Bentuk naratif dari pespektif teori filem kognitif: kajian terhadap filem Identity (2003) dan Predestination (2014) / Mohd Safwan Ahmad. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Desertasi ini tertumpu kepada kajian mengenai bentuk-bentuk naratif dari perspektif teori filem kognitif berdasarkan teknik-teknik penyampaian jalan penceritaan dalam filem. Selain itu, tesis ini juga akan menghuraikan mengenai bentuk-bentuk naratif yang sering diimplementasikan dalam penghasilan filem. Huraian tersebut disertakan juga dengan elemen-elemen utama yang mempengaruhi pembinaan bentuk-bentuk naratif tersebut. Kajian ini turut melihat kepada impak bentuk-bentuk naratif yang digunakan dalam filem untuk menghantar maklumat kepada penonton. Desertasi ini akan menggunakan kaedah kualitatif yang memerlukan penulis untuk membuat penontonan terhadap dua buah filem iaitu Identity (2003) dan Predestination (2014). Hasil penontonan dua buah filem tersebut akan dikaitkan dengan maklumat yang diperolehi melalui pembacaaan ilmiah terhadap kajian-kajian lepas. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, desertasi ini mendapati bahawa bentuk-bentuk naratif sangat penting dalam penyampaian mesej dan pemahaman penonton terhadap sesebuah naratif. Penyusunan syuzhet yang digunakan di dalam kedua-dua filem diatas mempengaruhi pembinaan fabula dalam pemikiran manusia berdasarkan teori yang dikemukakan oleh David Bordwell. Penyusunan syuzhet yang berlainan akan membina bentuk naratif berbeza dan ia akan mempengaruhi penonton untuk memahami naratif tersebut dengan sudut pandangan yang berlainan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Mohd Safwan
2014817324
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama
P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Technique of dramatic composition
P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Technique of dramatic composition > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Bachelor of Creative Technology (Hons) Animation and Screen Technology
Keywords: Naratif, penyampaian, implementasi
Date: July 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31854
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_MOHD SAFWAN AHMAD FF B17 5.pdf] Text
PPb_MOHD SAFWAN AHMAD FF B17 5.pdf

Download (225kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

31854

Indexing

Statistic

Statistic details