Wakaf tunai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah di Malaysia / Surita Hartini Mat Hassan and Dr. Mohd Nasir Ayub

Mat Hassan, Surita Hartini and Nasir Ayub, Dr. Mohd (2016) Wakaf tunai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah di Malaysia / Surita Hartini Mat Hassan and Dr. Mohd Nasir Ayub. Academic Series of Universiti Teknologi MARA Kedah, 11 (2). pp. 22-40. ISSN 1985-5079

Abstract

Wakaf berperanan penting dalam membangunkan sosioekonomi umat Islam. Masalah kekurangan dana dan sumber kewangan menyebabkan harta wakaf di Malaysia tidak dapat dibangunkan. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya pengabaian terhadap aset negara yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi ummah. Kini telah wujud pelbagai kaedah mendapatkan dana membangunkan harta wakaf, salah satu daripadanya ialah melalui instrumen wakaf tunai. Namun begitu, golongan ulama mempunyai pandangan yang berbeza mengenai keharusan wakaf tunai kerana secara semulajadinya wang akan habis apabila digunakan dan amat bertentangan dengan syarat mengekalkan harta wakaf bagi manfaat ummah. Walau bagaimanapun, di Malaysia pelaksanaanya telah diharuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Justeru kajian ini ingin mengenalpasti instrumen wakaf tunai yang di laksanakan di Malaysia dan kesan pelaksanaannya terhadap sosioekonomi ummah. Data yang diperoleh dari sumber kepustakaan ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati instrumen wakaf tunai yang diamalkan di Malaysia terdiri daripada Saham Wakaf, Wakaf Saham, Wakaf Kaki, Wakaf Wang Tunai dan sebagainya. Kajian juga mendapati wakaf tunai berjaya menyumbang dalam pembangunan sosioekonomi ummah dan dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan, kesihatan, kerohanian dan ekonomi.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail / ID. Num
Mat Hassan, Surita Hartinihartinihassan79@yahoo.com
Nasir Ayub, Dr. Mohdmnasir251@kedah.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Journal or Publication Title: Academic Series of Universiti Teknologi MARA Kedah
Journal: UiTM Journal > Voice of Academia
ISSN: 1985-5079
Volume: 11
Number: 2
Page Range: pp. 22-40
Official URL: https://voa.uitm.edu.my/v1/voa-issue/2016-volume-1...
Item ID: 31370
Uncontrolled Keywords: Wakaf Tunai; Instrumen; Pembangunan Sosioekonomi; Malaysia
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31370

Download

[img] Text
AJ_SURITA HARTINI MAT HASSAN VOA K 16.pdf

Download (932kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year