Permasalahan teori Male Gaze Laura Mulvey: transgender dalam filem Boys Don’t Cry (1999) / Nurul Hazwani Kamaruzaman.

Kamaruzaman, Nurul Hazwani (2017) Permasalahan teori Male Gaze Laura Mulvey: transgender dalam filem Boys Don’t Cry (1999) / Nurul Hazwani Kamaruzaman. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Laura Mulvey menghujahkan bahawa hanya watak dan penonton lelaki sahaja yang layak menjadi subjek dan mendominasi gaze dalam filem. Namun, filem Boys Don’t Cry (1999) mewujudkan permasalahan kepada teori Male Gaze oleh Laura Mulvey kerana watak utama yang menjadi subjek adalah seorang lelaki transgender dan dilakonkan oleh seorang wanita feminin. Kajian ini mengupas isu wanita dipaparkan ditempat lelaki dalam filem. Wanita sering dianggap sebagai golongan yang lemah, hanya layak menurut perintah, objek dan bahan tatapan seksual lelaki namun ramai pengarah filem wanita yang cuba meletakkan wanita sebagai golongan yang kuat, mampu menjadi ketua dan tidak hanya sebagai objek pandangan lelaki semata. Tesis ini menggunakan teori male gaze oleh Laura Mulvey untuk mengidentifikasi elemen transgender gaze dalam filem dan membandingkannya dengan penggambaran male gaze. Kajian ini akan fokus kepada aspek teori psychoanalytic, scopophilia, dan narcissistic identification dalam konteks transgender gaze. Watak utama akan diambil sebagai rujukan bagi menjelaskan kewujudan transgender gaze. Hasil dapatan kajian akan membuktikan bahawa male gaze yang dihujahkan Laura Mulvey adalah bermasalah kerana hanya berpihak pada penonton heteroseksual.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kamaruzaman, Nurul Hazwani
2015419002
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama
P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Motion picture > Other special topics, A-Z
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Pengurusan Industri Kreatif (FF226)
Keywords: Teori Queer, Permasalahan Male Gaze, Transgender Gaze
Date: March 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31321
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NURUL HAZWANI KAMARUZAMAN FF B 18_5.pdf] Text
PPb_NURUL HAZWANI KAMARUZAMAN FF B 18_5.pdf

Download (723kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

31321

Indexing

Statistic

Statistic details