Isu penerapan nilai Islam dalam penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia / Khairul Azhar Meerangani

Meerangani, Khairul Azhar (2018) Isu penerapan nilai Islam dalam penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia / Khairul Azhar Meerangani. Journal of Contempory Islamic Studies, 4 (2). pp. 80-98. ISSN 0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama setiap warganegara di Malaysia. Tiada sebarang paksaan boleh dikuatkuasakan terhadap pihak berbeza agama untuk menerima dan mengamalkan sesuatu ajaran dan kepercayaan. Namun begitu, beberapa tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah disalahfahami sebagai cubaan untuk memaksakan penerapan nilai Islam terhadap golongan bukan Islam. Kajian ini bertujuan menganalisis isu dan dakwaan yang dikemukakan serta menilai sama ada tindakan oleh PBT tersebut hanya berdasarkan sentimen keagamaan atau mengikut lunas undang-undang yang telah diperuntukkan. Tiga isu yang difokuskan dalam kajian ini adalah larangan salon unisex oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), penguatkuasaan garis panduan papan iklan oleh Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan rampasan minuman keras oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis teks Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menyentuh perihal bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengawal dan menyelia masyarakat menerusi pewartaan undang-undang kecil. Peruntukan ini seterusnya dianalisis secara induktif bagi merumuskan kedudukan isu yang dikaji. Tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh ketiga-tiga PBT dalam isu ini dilihat mengikut bidang kuasa yang telah diperuntukkan dan tidak melanggar hak mana-mana golongan bukan Islam di negara ini. Pematuhan terhadap arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah penting untuk mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat serta mengelakkan polemik dan provokasi berterusan yang boleh dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Meerangani, Khairul Azhar
khairulazhar@kuim.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: 0128-0902
Volume: 4
Number: 2
Page Range: pp. 80-98
Keywords: Kebebasan beragama, Pihak berrkuasa tempatan, Nilai Islam, Penguatkuasaan, Akta Kerajaan Tempatan 1976
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30684
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 30684.pdf] Text
30684.pdf

Download (296kB)

ID Number

30684

Indexing

Statistic

Statistic details