Integrasi kursus pengajian Islam dengan bioteknologi di universiti awam (UA) terpilih di Malaysia / Norazmi Anas ... [et al.]

Norazmi, Anas and Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi and Mohd Hudzari, Razali and Nurul Hidayah, Aziz (2018) Integrasi kursus pengajian Islam dengan bioteknologi di universiti awam (UA) terpilih di Malaysia / Norazmi Anas ... [et al.]. Ideology Journal, 3 (1). pp. 68-79. ISSN 2550-214X

Abstract

Pengajian Islam merangkumi skop akidah, syariah dan akhlak yang menjadi teras terhadap ajaran Islam itu sendiri, manakala bioteknologi merupakan satu bidang sains melibatkan gabungan biologi (benda hidup) dan teknologi. Aplikasi bioteknologi moden telah menimbulkan pelbagai isu berkaitan etika, undang-undang dan kemanusiaan serta kepercayaan dan keagamaan khususnya agama Islam. Oleh yang demikian, pengintegrasian kedua-dua bidang dilihat sebagai jalan terbaik menyelesaikan isu-isu tersebut agar masyarakat dapat memahami kepentingan bidang bioteknologi dari perspektif Islam. Kajian ini membincangkan skop ilmu Pengajian Islam, bioteknologi dan usaha pengintegrasian bidang-bidang tersebut serta implikasi dan cadangan dasar yang diperoleh hasil dapatan kajian kualitatif menggunakan analisis UA kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa usaha pengintegrasian telah dimulakan oleh ketigatiga UA kajian iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), manakala program integrasi di UM dilihat lebih seimbang berbanding UniSZA dan USIM. Oleh itu, disarankan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) serta UA di Malaysia meningkatkan usaha penambahbaikan program-program ini dari semasa ke semasa serta menambah bilangan program integrasi dengan bidangbidang lain agar dapat melahirkan graduan multi disiplin yang mampu memenuhi pasaran pekerjaan semasa negara selari dengan Transformasi Nasional (TN50).

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Norazmi, Anasnorazmianas@perak.utim.edu.my
Engku Ahmad Zaki, Engku AlwiUNSPECIFIED
Mohd Hudzari, RazaliUNSPECIFIED
Nurul Hidayah, AzizUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > Biotechnology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Journal or Publication Title: Ideology Journal
Journal: UiTM Journal > Idealogy Journal
ISSN: 2550-214X
Volume: 3
Number: 1
Page Range: pp. 68-79
Official URL: http://idealogyjournal.com/
Item ID: 29914
Uncontrolled Keywords: Integrasi, Pengajian Islam, Bioteknologi, Universiti Awam (UA)
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29914

Download

[img] Text
29914.pdf

Download (269kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year