Media dan pilihan raya: Kajian kes dl pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang / Ismail Sualman, Has Md Salleh dan Norsham Firdaus

Sualman, Ismail and Md Salleh, Has and Firdaus, Norsham (2008) Media dan pilihan raya: Kajian kes dl pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang / Ismail Sualman, Has Md Salleh dan Norsham Firdaus. In: Prosiding Seminar Politik Malaysia, 29 Feb - 1 Mac 1992, Universiti Kebangsaan Malaysia,.

[img] Text
PRO_ISMAIL SUALMAN 08_P1.pdf

Download (572kB)

Abstract

Kajian kes di pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang bertujuan untuk mengetahui sejauh mana media massa memainkan peranan dalam proses demokrasi dan sebagai sumber maklumat kepada para penggundi dan mengkaji apakah faktorfaktor yang menentukan pemilihan calon/parti dalam pilihan raya. Selain mengkaji isuisu yang sering ditimbulkan semasa pilihan raya dan melihat tahap sikap pengundi dalam pilihan raya ini. Kajian yang menggunakan metod temu bual melibatkan 1228 responden terdiri daripada pengundi yang berdaftar dijalankan pada 16 Ogos, 2008 hingga 26 Ogos, 2008. Hasil kajian menunjukkan bahawa media komunikasi yang paling dipercayai dapat mempengaruhi pengundi dalam memilih calon pilihan raya kecil adalah sepanduk, pengumuman pembesar suara, sural layang, kempen berbentukpersemhahan seperti nyanyian, billboard atau papan kenyataan, dan SMS/ MMS. Ternyata media kecil ini lebih bekesan menyampaikan maklumat setempat berkaitan dengan kempen pilihan raya berbanding dengan media massa utama terutama akhbar, televisyen dan radio. Manakala media yang kurang dipercayai pula terdiri daripada ceramah, risalah colon, majalah, poster calon, poster parti, risalah parti dan televisyen. Kajian juga menunjukkan bahawa seseorang pengundi mempunyai sebab tersendiri untuk menghadiri ceramah kempen yang dianjurkan oleh parti-parti yang bertanding. Mereka juga dipengaruhi oleh parti yang dianggotai yang sentiasa memastikan ahli-ahlinya mengikuti program kempen ceramah politik yang dijalankan dari masa ke semasa. Selain itu mereka juga menghadiri ceramah untuk mengisi masa lapang selain memenuhi tanggungjawab sebagai anggota parti dan memudahkan untuk membuat keputusan dalam mengundi calon yang bertanding. Isu-isu yang sering dibincang dan disampaikan dalam ceramah dan kempen pilihan raya kali ini adalah lebih berkaitan dengan soal kehakiman, keagamaan, kelemahan Barisan Altematif, kekuatan Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan raya, jasa-jasa Kerajaan Persekutuan, Islam Hadhari, isu wanita, isu berkaitan dengan komponen Barisan Nasional dan Barisan Altematif. Manakala isu-isu yang paling sedikit dibincangkan adalah isu-isu lain, isu kes tuduhan liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dan laknat sumpah dan isu kenaikan harga petroleum

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Sualman, IsmailUNSPECIFIED
Md Salleh, HasUNSPECIFIED
Firdaus, NorshamUNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
J Political Science > JS Local government. Municipal government
Divisions: University Publication Centre (UPENA)
Event Title: Prosiding Seminar Politik Malaysia
Event Dates: 29 Feb - 1 Mac 1992
Item ID: 2967
Uncontrolled Keywords: Politik Malaysia
Last Modified: 22 Mar 2019 01:44
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2967

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year