Kajian sikap dan persepsi terhadap pembelajaran Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar UiTM Kelantan / Norlida Razali

Razali, Norlida (2018) Kajian sikap dan persepsi terhadap pembelajaran Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar UiTM Kelantan / Norlida Razali. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, 2. pp. 54-69. ISSN 2600-7274

Abstract

Kajian ini mengenal pasti sikap dan persepsi terhadap pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga di kalangan pelajar yang mengambil kursus bahasa Mandarin di UiTM Kelantan. Seramai 36 orang pelajar terlibat dalam kajian kualitatif ini yang menggunakan instrumen borang soal selidik untuk menyatakan pengalaman dan pendapat peribadi mereka. Pengalaman dan pendapat mereka kemudian dibincangkan melalui analisis kandungan. Kajian ini dijalankan bersandarkan Model Sosiopendidikan pemerolehan bahasa kedua yang dikemukakan oleh Gardner. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya responden mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran bahasa Mandarin disebabkan mereka mempunyai kedua-dua orientasi integratif dan orientasi instrumental yang positif. Kedua-dua orientasi positif tersebut dilihat mempengaruhi sikap terhadap pembelajaran bahasa Mandarin. Tetapi, pelajar-pelajar dari kedua-dua jantina menunjukkan kesukaran dalam pembelajaran bahasa Mandarin terutamanya dari aspek tulisan Cina atau “hanzi”, sebutan nada atau intonasi dan suku kata. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar masih mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran bahasa Mandarin disebabkan minat mereka terhadap bahasa Mandarin. Malah, pemikiran yang positif dan perasaan ingin tahu terhadap sesuatu perkara baru juga mendorong sikap positif mereka dalam pembelajaran bahasa Mandarin. Mereka juga percaya dengan mempelajari dan menguasai bahasa Mandarin, ia dapat memberikan mereka manfaat dan kelebihan di masa hadapan. Sebagai kesimpulan, pelajar bahasa Mandarin di UiTM Kelantan bersikap positif terhadap bahasa Mandarin, dan seterusnya menunjukkan motivasi untuk mempelajari bahasa ini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Razali, Norlidanorlida8093@kelantan.uitm.edu.my
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Chinese language
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Chinese language > Mandarin dialects
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research > Citizen participation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities
Journal: UiTM Journal > ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities
ISSN: 2600-7274
Volume: 2
Page Range: pp. 54-69
Official URL: https://ejssh.uitm.edu.my/
Item ID: 29576
Uncontrolled Keywords: sikap dan persepsi, bahasa ketiga, pelajar UiTM, bahasa Mandarin, Model Sosiopendidikan
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29576

Download

[img] Text
29576.pdf

Download (308kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year