Isolation and structural studies of oligostilbenes from Vatica Sp. / Wan Zuraida Wan Mohd Zain … [et_al.]

Wan Mohd Zain, Wan Zuraida and Latip, Jalifah and Daud, Shaari and Mat So'ad, Siti Zaiton (2010) Isolation and structural studies of oligostilbenes from Vatica Sp. / Wan Zuraida Wan Mohd Zain … [et_al.]. Research Reports. Research Management Institute (RMI), Shah Alam. (Unpublished)

Abstract

Pemencilan sebatian dan keaktifan biologi telah dilakukan ke atas kulit batang Vatica odorata yang dikutip di Mata Kail, Hutan Belum, Perak dan Vatica bella dari Jengka, Pahang. Kesemua sampel telah diekstrakkan dengan aseton dan metanol pada suhu bilik dan memberikan VOKM (ekstrak metanol V odorata), VOKA (ekstrak aseton V odorata), VBKM (ekstrak metanol V. Bella), VBKA (ekstrak aseton V Bella). Ekstrak seterusnya diperlakukan selanjutnya menggunakan beberapa teknik kromatografi seperti kromatografi lapisan nipis, kromatografi cecair vakum dan kromatografi lapisan nipis radial. Dua sebatian yang telah diketahui iaitu (-)-a-viniferin dan (+)-vaticanol B telah dipencilkan daripada dua tumbuhan ini, manakala sebatian yang telah diketahui iaitu e-viniferin telah dipencilkan daripada V. bella dan hopeafenol telah dipencillkan daripada V odorata. Kesemua sebatian yang telah dipencilkan dicirikan menggunakan ciri-ciri fizikalnya (bentuk fizikal, takat lebur, putaran optik) dan beberapa kaedah spektroskopi seperti infiramerah(IR), ultralembayung(UVVIS), jisim(SJ) dan resonans magnet nukleus (RMN) serta perbandingan dengan data literatur. Aktiviti sitotoksisiti untuk VOKM dan VOKA serta kesemua sebatian adalah tidak aktif(tiada IC50) dan tidak merencatkan sel (sel hati Chang) manakala VBKA and VBKM menunjukkan keputusan aktif dengan nilai masing-masing ICsonya adalah 16±3.63 dan 14±0.50 ng/mL. VBKA menujukkan kesan sitotoksisiti terhadap sel HepG2 dengan nilainya adalah 20.5±2.68 jag/mL. Sebaliknya VOKM dan VOKA menunjukkan ketidakaktifan terhadap sel ini kecuali sebatian (3), hopeafenol yang dipencilkan dari krud ini memberikan nilai IC50 4.5 ±0.15ng/mL. Aktiviti antioksidan telah dinilai menggunakan l-l-Difenil-2- pikrilhidrazil(DPPH), jumlah kandungan fenolilk (TPC), Ferik Tiosianik (FTC) dan Asid tiobarbiturik (TBA). Kesemua sampel menunjukkan jumlah kandungan fenolik adalah pada julat 331.54-482.3 lmg/g GAE. VOKA menunjukkan jumlah kandungan fenolik yang paling tinggi dengan 482.313lmg/g GAE dan yang paling rendah adalah VOKM dengan 331.54 mg/g GAE. Sebatian (4), Vatikanol B menunjukkan jumlah kandungan fenolik dengan 616.15 mg/g GAE manakala sebatian (2), a-viniferin menunjukkan nilai 340mg/g GAE. Kesemua sampel ekstrak menunjukkan ciri-ciri radikal yang rendah (DPPH) berbanding dengan BHT dan asid askorbik dan julatnya adalah antara 35.60-66.2%. Ciri-ciri radikal yang paling tinggi adalah VBKM dengan nilai IC50 0.22 mg/mL manakala nilai yang paling rendah adalah VOKM dan VOKA yang mana tiada nilai IC50. Vatikanol B menujukkan ciri-ciri radikal aktiviti yang tinggi berbanding a-viniferin dengan aktivitinya adalah 36.6% dan 15.79%. Pada ujian FTC dan TBA, kesemua ekstrak menunjukkan keupayaan antioksidan dengan peratus perencatan antara julat 26.60-88.36%. VBKM menunjukkan peratus perencatan yang lebih tinggi dibandingkan dengan Vitamin E dengan peratus perencatan 88.36%. Pada ujian FTC, sebatian tulen menunjukkan keupayaan antioksidan yang sederhana berbanding dengan Vitamin E. Aktiviti antibakteria dilakukan terhadap 6 jenis bakteria iaitu Escherichia Coli, Stapylococcus aureus, Bacillus subtilis, Salmonella typhi, Pseumodonas aerugonisa dan Klebsiella pneumoniae membuktikan kesemua krud ekstrak merencatkan S. aureus kecuali VBKA dimana hanya merencatkan E.coli. a-veniferin pada 50mg/ml memberikan aktiviti perencatan terhadap Stapylococcus aureus, Pseumodonas aerugonisa dan E.coli manakala Vaticanol B pada 25mg/mL tidak memberikan sebarang perencatan. Aktiviti antifungal bagi krud ekstrak metanol dan aseton V. odorata dan V bella terhadap empat spesis fungal iaitu Trichophyton mentagrophytes, Trichophyton tonsurans, Microsporum gypseum dan Candida glabrata juga telah dilakukan. Kesemua ekstrak aseton Vatica (VOKA dan VBKA) tidak memberikan sebarang perencatan terhadap kesemua fungal berbanding ekstrak metanol (VOKM dan VBKM) yang mana telah merencatkan Trichophyton mentagrophyte and Trichophyton tonsurans pada kepekatan yang tertinggi. Manakala hanya VBKM boleh merencatkan Microsporum gypseum.

Download

[img] Text
LP_WAN ZURAIDA WAN MOHD ZAIN RMI 10_5.pdf

Download (6MB)

Metadata

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsID Num.
Wan Mohd Zain, Wan ZuraidaUNSPECIFIED
Latip, JalifahUNSPECIFIED
Daud, ShaariUNSPECIFIED
Mat So'ad, Siti ZaitonUNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Divisions: Research Management Institute (RMI)
Item ID: 27164
Uncontrolled Keywords: Isolation, Structural, Oligostilbenes
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/27164

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year