Laluan melepaskan diri di Resort (kes kajian: Impiana Resort, Cherating dan Duta Palm Resort, Rawang) / Aslida Omar

Omar, Aslida (2002) Laluan melepaskan diri di Resort (kes kajian: Impiana Resort, Cherating dan Duta Palm Resort, Rawang) / Aslida Omar. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img] Text
TD_ASLIDA OMAR AP 02_5.pdf

Download (109kB)

Abstract

Keselamatan adalah prinsip yang paling penting dalam aspek perlindungan kebakaran bagi sesebuah bangunan. Jika sesebuah bangunan itu terbakar, kesan bahaya yang paling utama ialah penghuni bangunan dan perlindungan kebakaran kepada struktur mula difikirkan. Untuk itu, sistem laluan kebakaran pada sesebuah bangunan adalah sangat perlu. Resort seperti juga hotel yang menawarkan kemudahan tempat tinggal serta beberapa kemudahan lain kepada para pengunjung mempunyai risiko untuk terbakar. Dalam satu-satu masa tertentu, jumlah penghuni resort meningkat terutamanya pada musim-musim percutian. Oleh itu, risiko kebakaran perlulah menjadi agenda utama dalam perancangan rekabentuk bagi sistem pencegahan kebakaran seperti laiuan melepaskan diri. Walaupun tiada peristiwa kebakaran yang berlaku di resort sehingga kini, namun langkah pencegahan perlu diambil. Seharusnya terdapat sistem jalan keluar disediakan bagi mengelakkan penghuni terperangkap dalam kebakaran. Jika dilihat kepada jumlah kematian akibat kebakaran'-pada tahun 1995 merupakan yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini. Pelbagai langkah serta teknik bersepadu telah diambil oleh pihak bomba dalam mengurangi kebakaran di Malaysia namun kes-kes kebakaran terus meningkat. Ramai orang tidak sedar bahawa satu sistem laluan keluar yang baik dapat membantu dalam mengurangi bahaya kebakaran. Justeru itu, fokus utama dissertasi ini ialah untuk melihat aplikasi sistem jalan keluar di sesebuah resort ketika kebakaran sama ada mampu memberikan keselamatan kepada penghuni atau tidak. Ini kerana kadangkala pihak professional yang terlibat dalam proses rekabentuk tidak mengambil kira aspek laluan keluar serta kehendak perundangan. Kebakaran mungkin boleh diatasi jika pihak-pihak terlibat mematuhi peraturan serta kehendak-kehendak perundangan. Aplikasi laluan keluar di sesebuah resort sangat penting kerana bangunan seperti ini mempunyai sistem rekabentuk yang agak rumit berbanding bangunan lain. Dengan adanya sistem laluan yang baik, penghuni mungkin boleh menyelamatkan diri sebelum kebakaran merebak.

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
CreatorsID Num.
Omar, AslidaUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 26431
Uncontrolled Keywords: Keselamatan; Kebakaran; Resort
Last Modified: 14 Nov 2019 06:39
Depositing User: Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka UiTM Cawangan Melaka
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26431

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year