Kajian keselamatan pekerja dalam melakukan kerja penyelengaraan bangunan komersil / Johari Dugel

Dugel, Johari (1999) Kajian keselamatan pekerja dalam melakukan kerja penyelengaraan bangunan komersil / Johari Dugel. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img] Text
TD_JOHARI DUGEL AP 99_5.pdf

Download (7MB)

Abstract

Dalam mewujudkan sebuah negara yang membangun, pekerja adalah merupakan aset yang penting dan perlu dijaga sebaik mungkin. Tanpa sumbangan daripada mereka, adalah sukar untuk negara mencapai keadaan yang dianggap boleh membanggakan seperti sekarang ini. Oleh itu, adalah tidak adil jika keselamatan dan kebajikan mereka semasa menjalankan tugas diambil mudah oleh pihak-pihak yang terlibat, Walaupun kerja-kerja penyelenggaraan bangunhan komersil kurang diperkatakan dari segi kemalangan berbanding dengan kerja pembinaan, namun hakikatnya apabila sesuatu kemalangan itu terjadi kesan yang diterima adalah sama iaitu kerugian dan kesengsaraan. Apabila sesuatu kemalangan itu berlaku, kebanyakannya akan berkata ‘ianya adalah tragedi yang tidak dapat dielakkan’. Perkataan tragedi juga membawa makna ‘tidak dapat dielak’. Jadi tanggungjawab terhadap keselamatan dengan mudah sahaja dibatalkan atau dihapuskan dengan menggunakan perkataan ‘tragedi’. Ini bukan bermakna kemalangan tidak akan berlaku tetapi sebenarnya ia boleh dikurangkan ke tahap yang paling minima. Di dalam kajian dissertasi ini, penulis telah mengkaji tahap keselamatan pekerja khususnya dalam kerja penyelenggaraan bangunan komersil. Disamping itu juga, dissertasi ini dibuat adalah untuk mengetahui langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan, majikan dan juga pekerja dalam menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
CreatorsID Num.
Dugel, JohariUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction
T Technology > TH Building construction > Systems of building construction. Industrialized building
T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 24234
Uncontrolled Keywords: Interior Design
Last Modified: 30 May 2019 02:50
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24234

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year