Pelestarian manuskrip Melayu sebagai sumber ilmu pengetahuan di Malaysia / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Paiz Hassan and Hamdi Rahman Mohd Yaacob

Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim and Hassan, Paiz and Mohd Yaacob, Hamdi Rahman (2013) Pelestarian manuskrip Melayu sebagai sumber ilmu pengetahuan di Malaysia / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Paiz Hassan and Hamdi Rahman Mohd Yaacob. Research Reports. Research Management Institute (RMI), Shah Alam. (Unpublished)

[img] Text
LP_MOHD ZAHIRWAN HALIM ZAINAL ABIDIN RMI 13_5.pdf

Download (7MB)

Abstract

Manuskrip Melayu merupakan warisan ketamadunan Melayu yang amat bernilai terutamanya dalam aspek keilmuan dan keintelektualan. Penulisan manuskrip Melayu oleh para cendikiawan silam menggambarkan bahawa tamadun Melayu telah mencapai tahap kegemilangan yang positif dalam lapangan keilmuan dengan lahirnya pelbagai karya yang menjadi kajian dan rujukan para ilmuan termasuklah orientalis Barat. Oleh itu, langkah dalam melestarikan manuskrip Melayu sebagai sumber ilmu pengetahuan amat wajar dilakukan dalam memastikan warisan ini tidak musnah dan masih lagi menyumbang kepada lapangan akademik masa kini. Objektif kajian ini ialah mengkaji sejarah penulisan manuskrip Melayu, kepentingan manuskrip melayu dalam lapangan ilmu di Malaysia serta langkah-langkah yang telah dibuat oleh beberapa institusi bagi melestarikan manuskrip Melayu sebagai warisan keilmuan yang tinggi nilainya. Kajian ini menggunakan dua metodologi iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Daripada kajian ini penulis dapat melihat manuskrip Melayu telah menjadi satu elemen penting dalam perkembangan keilmuan di Malaysia dengan lahirnya ramai penulispenulis atau para ulama yang menghasilkan karya yang bernilai sehingga menjadi rujukan dan kajian dalam lapangan akademik. Di samping itu, peranan beberapa institusi di Malaysia dalam melestarikan manuskrip Melayu telah berjaya mengekalkan warisan ketamadunan Melayu ini terpelihara dan dijaga dengan baik. Oleh itu sewajarnya pelestarian manuskrip Melayu diberi perhatian yang serius oleh pihak-pihak berwajib bagi mengekalkan warisan keilmuan Melayu ini daripada rosak dan musnah ditelan zaman.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsID Num.
Zainal Abidin, Mohd Zahirwan HalimUNSPECIFIED
Hassan, PaizUNSPECIFIED
Mohd Yaacob, Hamdi RahmanUNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General) > Educational exhibitions and museums
Divisions: Research Management Institute (RMI)
Item ID: 23670
Uncontrolled Keywords: Manuskrip Melayu
Last Modified: 22 Apr 2019 03:05
Depositing User: Staf Pendigitalan 2
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23670

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year