Telefon awam untuk kegunaan pelajar (kolej kediaman di universiti) / Mohd Farhan Ahmad Shukri

Ahmad Shukri, Mohd Farhan (2005) Telefon awam untuk kegunaan pelajar (kolej kediaman di universiti) / Mohd Farhan Ahmad Shukri. Research Reports. Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

[img] Text
LP_MOHD FARHAN AHMAD SHUKRI FAD K05_5.pdf

Download (252kB)

Abstract

Masyarakat dunia pada masa kini sentiasa di pengaruhi dengan gaya hidup yang mengikut arus perubahan semasa.Sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat dunia untuk mengejar arus permodenan yang semakin canggih dari masa ke semasa.Malaysia juga seperti negara-negara maju yang lain tidak ketinggalan untuk menerokai kecanggihan teknologi terkini didunia.Saban hari kita kerap melihat pelbagai teknologi Dan aneka rekabentuk yang kreatif dan inovatif.Kebanyakkan produk yang sedia ada diperbaharui dari segi fungsi dan rekabentuk yang lebih menarik.Akan tetapi ada juga sesetengah produk yang terlepas pandang dan jarang diambil perhatian mengenai rekabentuk oleh para perekabentuk. Telefon awam adalah merupakan alat telekomunikasi yang jarang diberi penekanan dari aspek rekabentuk.Kita sedia maklum dan tahu bagaimana statiknya rekabentuk telefon awam di Malaysia,baik dari segi ganggang hinggalah ke wamanya.Ada terdapat dua jenis kategori telefon awam di Malaysia,untuk kegunaan luaran dan kegunaan dalaman.Pada kebiasaannya syarikat Telekom Malaysia menyediakan pondok khas yang ditempatkan sekali dengan telefon tersebut bagi tujuan melindungi telefon dari hujan dan panas. Untuk kegunaan dalaman pula,kebiasaannya mereka hanya meletakkan telefon itu bersendirian tanpa pembahagi antara satu sama lain. Selain itu juga,terdapat juga masalah yang dihadapi oleh pengguna telefon awam ini,terutamanya oleh pelajar universiti,seperti tiada privacy apabila bercakap,lenguh di pergelangan tangan dan tidak berkonsepkan mesra pengguna.Hal lain yang berkaitan dengan telefon awam ialah masalah ketidakpelbagaian dari segi pembayaran.Pada kebiasaannya telefon awam sekarang menggunakan dua jenis kaedah pembayaran iaitu penggunaan syiling dan kad telefon.Ramai yang mengeluh dan tidak berpuas hati dengan keadaan telefon awam sekarang dan ini dibuktikan lagi dalam penyelidikkan yang dijalankan melalui kaedah soal selidik kepada para pelajar.Rata-rata mereka mencadangkan yang telefon awam yang ada sekarang supaya boleh menerima wang kertas selain dari kaedah konvensional.Mereka juga mencadangkan supaya menukar rekabentuk yang ada sekarang kelihatan lebih menarik dan meggunakan wama yang lebih ceria dan menepati konsep Gaya Hidup Moden’.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsID Num.
Ahmad Shukri, Mohd FarhanUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LB Theory and practice of education > School life. Student manners and customs. Students
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Item ID: 23231
Uncontrolled Keywords: Telefon Awam ; Alat Komunikasi ; Gaya Hidup Moden
Last Modified: 22 Feb 2019 03:17
Depositing User: Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23231

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year