Cadangan merekabentuk dalaman Restoran Asam Pedas di Jalan PJU 5/21 Dataran Sunway Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan / Jamilah Long

Long, Jamilah (2009) Cadangan merekabentuk dalaman Restoran Asam Pedas di Jalan PJU 5/21 Dataran Sunway Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan / Jamilah Long. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Merekabentuk dalaman sebuah restoran memainkan peranan penting untuk menarik minat pelanggan datang berkunjung. Setiap ruang mampu berfungsi dengan baik dan teratur merupakan satu rekaan yang bermanafaat kepada pelanggan mahupun pekerja. Penelitian terhadap keperluan ruang kepada pelanggan dan pekerja perlu dikaji dan dianalisa terlebih dahulu. Cadangan membuka cawangan baru Restoran Asam Pedas , En Ashari Mohd Nasir di Dataran Sunway; Kota Damansara merupakan kehendak beliau sendiri. Pemilihan tapak cadangan baru juga perlu dikaji untuk mencapai objektif dan matlamat utama klien. Di antara objektif klien ialah memperkenalkan masakan melayu kepada masyarakat luar dan mendapatkan keuntungan yang setimpal dengan pemiagaan yang dijalankan. Manakala objektif kajian ialah untuk menghasilakan sebuah imej baru untuk Restoran Asam pedas dalam rekabentuk dalaman, menghasilkan ruang dalaman makan yang selesa kepada pelanggan dan untuk mengkaji dengan terperinci mengenai merekabentuk ruang makan yang berkonsepkan fungsi Rumah Tradisional Melaka. Proses kajian melalui beberapa kaedah iaitu, kaedah temuramah di antara klien . Melalui kaedah ini dapat membantu mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam menyelesaikan setiap persoalan dan permasalahan. Di samping itu, melalui internet juga salah-satu kaedah mendapatkan maklumat mengenai restoran. Selain daripada itu, pemilihan konsep dan imej juga memainkan peranan penting dalam rekaan. Konsep yang ingin di ketengahkan ialah ‘Malacca House’ ‘ Fell The Ambience Of Tradisional Malay Melacca House’ memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai suasana seolah- olah berada di sebuah rumah Melaka. Untuk menambahkan maklumat beberapa kajian kes terhadap restoran telah dijalankan diantaranya ialah Restoran Dapur Kampung, Al-Marjan dan Restoran Fuji of Japan memberi sedikit sebanyak maklumat yang dikehendaki. Dengan adanya Restoran Asam Pedas di Kota Damansara merupakan cadangan yang baik kepada pelanggan kerana pelanggan dapat merasai suasana rumah Melaka dan masakan popular Negeri Melaka iaitu asam pedas walaupun berasa di tempat lain.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Long, Jamilah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman; Restoran Asam Pedas
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20626
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_JAMILAH LONG AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_JAMILAH LONG AP 09_5.pdf

Download (130kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20626

Indexing

Statistic

Statistic details