Peluang dan potensi tanaman lada hitam di Sabah: Persepsi penerimaan penduduk daerah Tenom / Nur Azieman Jasni ...[et al.]

Jasni, Nur Aziemah and Sumin, Viduriati and Joseph, Hendry and Awg Amit, Hazmi (2017) Peluang dan potensi tanaman lada hitam di Sabah: Persepsi penerimaan penduduk daerah Tenom / Nur Azieman Jasni ...[et al.]. e-Academia Journal, 6 (2). pp. 1-13. ISSN 2289-6589

[img]
Preview
Text
AJ_NUR AZIEMAH JASNI EAJ T 17.pdf

Download (17MB) | Preview
Official URL: http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index...

Abstract

Tanaman lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan salah satu industri yang mempunyai nilai eksport yang tinggi dan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Peningkatan pengeluaran global lada hitam daripada 317,750 tan metrik pada tahun 2011 kepada 324,090 tan metrik pada tahun 2012 adalah selaras dengan usaha Lembaga Lada Malaysia dan agensi kerajaan lain untuk menggalakkan lebih ramai usahawantani menceburi industri lada hitam ini. Pada masa ini, Negeri Sarawak merupakan pengeluar utama tanaman lada hitam di Malaysia diikuti oleh negeri Johor, Melaka dan Sabah. Kebelakangan ini, tanaman lada hitam mula diberi perhatian semula di Sabah setelah berlakunya kegagalan penanaman tanaman ini dahulu akibat jangkitan penyakit dan perihal naik turun harga pada masa tersebut. Masalah utama berlakunya jangkitan penyakit adalah disebabkan kurangnya pengetahuan dan kesedaran pengurusan penyakit dan serangga perosak serta pendedahkan mengenai Konsep Amalan Baik Tanaman. Walau bagaimanapun, pekebun kecil di beberapa daerah seperti Kota Belud, Kota Marudu, Penampang, Pitas, Ranau, Tambunan dan Membakut sudah mulai terlibat di dalam penamanan lada hitam. Berbeza dengan daerah Tenom, penglibatan dalam penanaman lada hitam masih rendah. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui penerimaan penduduk Tenom terhadap tanaman lada hitam dan peluang serta potensi industri lada hitam pada masa akan datang. Oleh yang demikian, kaji selidik terhadap penerimaan pekebun kecil dan berskala besar adalah penting bagi memastikan kebolehlaksanaan penanaman lada hitam bagi menggalakkan pasaran industri lada hitam di negeri Sabah.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail
Jasni, Nur Aziemahaziemah856@sabah.uitm.edu.my
Sumin, ViduriatiUNSPECIFIED
Joseph, HendryUNSPECIFIED
Awg Amit, HazmiUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Agricultural economics
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Industry > Rural industries
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply > Condiments, spices, etc. General works > Pepper
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Universiti Teknologi MARA (Terengganu) Press (UPENA)
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
ISSN: 2289-6589
Volume: 6
Number: 2
Page Range: pp. 1-13
Official URL: http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index...
Item ID: 20533
Uncontrolled Keywords: Peluang; Persepsi; Penerimaan; Penduduk Tenom; Tanaman lada hitam.
Last Modified: 16 Jul 2018 06:01
Depositing User: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Caw Terengganu
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20533

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year