Maqasid syariah dalam pelancongan menurut Islam / Nor Azlina Abd Wahab … [et al.]

Abd Wahab, Nor Azlina and Che Man, Norajila and Nordin, Rawi and Ayub, Mohamad Shafiei and Mustafar, Mohd Zaid (2017) Maqasid syariah dalam pelancongan menurut Islam / Nor Azlina Abd Wahab … [et al.]. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.

[img] Text
PRO_NOR AZLINA ABD WAHAB M 17.pdf

Download (0B)

Abstract

Aktiviti pelancongan merupakan sebahagian daripada rutin kehidupan manusia yang sentiasa ingin merasai ketenangan, keseronokan dan kebahagiaan. Dalam al-Quran terdapat surah yang secara jelas menggalakkan aktiviti melancong, antaranya, dalam surah al-Naml, ayat 69 yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad), mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu”. Berdasarkan saranan tersebut, maka Islam sentiasa menggalakkan umatnya melancong untuk memerhati dan menikmati keindahan alam dan juga memikirkan tentang kekuasaan Allah SWT serta melakukan pencerapan bagi memenuhi keperluan hidup serta melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Sehubungan itu Islam telah menggariskan panduan bagi memastikan aktiviti pelancongan selari dengan kehendak syarak dan dengan itu menepati makna ibadah dalam aktiviti tersebut. Dalam konteks ini aktiviti tersebut sewajarnya mengambil kira lima perkara asas yang disebut sebagai daruriyyat al-khams iaitu pemeliharaan terhadap agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang lima perkara teras yang menjadi intipati penting maqasid syariah dalam aktiviti pelancongan menurut perspektif Islam. Metod penulisan ini adalah berdasarkan kepada rujukan dan penelitian terhadap dokumen-dokumen dari pelbagai sumber seperti artikel, jurnal, buku, brosur dan kajian-kajian imperikal. Penelitian terhadap sumber primer dan sekunder ini akan dilakukan bagi mendapat maklumat berkaitan konsep maqasid syariah, pelancongan menurut perspektif Islam serta penerapan maqasid syariah dalam konsep pelancongan. Kajian mendapati agama Islam sangat menggalakkan aktiviti pelancongan dalam memenuhi keperluan fitrah semulajadi manusia dan pada masa yang sama aktiviti tersebut perlulah berlandaskan tuntutan syarak serta memenuhi maqasid syariah seperti mana yang digariskan dalam ajaran Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Abd Wahab, Nor AzlinaUNSPECIFIED
Che Man, NorajilaUNSPECIFIED
Nordin, RawiUNSPECIFIED
Ayub, Mohamad ShafieiUNSPECIFIED
Mustafar, Mohd ZaidUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Event Title: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
Event Dates: 14-15 November 2017
Page Range: pp. 817-833
Item ID: 20216
Uncontrolled Keywords: Maqasid syariah; Pelancongan; Islam
Last Modified: 12 Apr 2018 09:13
Depositing User: Staf Pendigitalan 7
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20216

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year