Model landskap bandaraya Islam di kawasan tropika berdasarkan empat faktor nilai rekabentuk / Nur Hafizah Ramle dan Ramle Abdullah

Ramle, Nur Hafizah and Abdullah, Ramle (2016) Model landskap bandaraya Islam di kawasan tropika berdasarkan empat faktor nilai rekabentuk / Nur Hafizah Ramle dan Ramle Abdullah. In: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016, 27 & 28 December 2016, Universiti Teknologi MARA, Melaka.

[img]
Preview
Text
PRO_NUR HAFIZAH RAMLE M 16.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Islam merupakan sebuah agama universal yang sesuai dianuti oleh pelbagai budaya di seluruh dunia. Perkara ini turut membawa kepada perbezaan rekabentuk serta tanaman landskap Islam. Namun, penggunaan tumbuhan dalam landskap Islam tidak terhad kepada penggunaan spesies dari pokok Timur Tengah sahaja. Ini kerana landskap Melayu juga merupakan sebahagian daripada landskap Islam. Isu dalam kajian ini memperlihatkan kebanyakan sejarawan barat sering menggambarkan landskap Islam adalah simbol kepada negara Arab ataupun Timur Tengah. Ini kerana kebanyakan sejarawan barat tidak memahami konsep sebenar landskap bandaraya Islam dan kurangnya pengetahuan pada konsep rekabentuk serta nilai estatik pada landskap bandaraya Islam dikalangan masyarakan setempat. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan membentuk model landskap bandaraya Islam berdasarkan prinsip rekabentuk landskap Melayu dalam melihat komponen serta karekter landskap Melayu yang sesuai untuk digunakan dalam landskap bandaraya Islam di bandar Kota Bharu berdasarkan empat faktor nilai rekabentuk. Empat faktor rekabentuk yang dilihat dalam kajian ini adalah berdasarkan empat contoh landskap bandaraya Islam terawal, rujukan dari al-Quran tentang karekter-karekter di syurga, pemilihan spesies tumbuhan berdasarkan kesesuaian iklim dan topografi di kepulauan Melayu dan kaji selidik dari lima kumpulan responden berkaitan konsep bandaraya Islam. Daripada keempat-empat faktor nilai rekabentuk ini, maka dapat dilihat bahawa elemen penting pada tumbuhan yang ditonjolkan dalam pembentukan landskap bandaraya Islam di kawasan tropika adalah tumbuhan rendang, hijau, berbau harum dan berbuah yang sesuai dengan persekitaran setempat lazimnya tumbuhan tempatan. Selain daripada itu, pemilihan tumbuhan juga tertumpu kepada faedah yang terdapat pada tumbuhan tersebut disamping penjagaan dan penyelenggaraan yang mudah. Elemen air juga merupakan factor penting yang perlu ada dalam sesebuah landskap bandaraya Islam. Oleh itu, kesimpulan daripada kajian ini adalah, pemilihan tumbuhan dalam rekabentuk landskap bandaraya Islam tidak terhad kepada tumbuhan di Timur Tengah sahaja tetapi haruslah bersesuaian dengan keadaan iklim, topografi serta menerapkan elemen-elemen dari empat faktor nilai rekabentuk yang disebutkan tadi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Ramle, Nur HafizahUNSPECIFIED
Abdullah, RamleUNSPECIFIED
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > Landscape architecture > Malaysia > Kelantan (Malaysia) > Kota Bharu (Kelantan, Malaysia)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Event Title: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016
Event Dates: 27 & 28 December 2016
Page Range: 343- 351
Item ID: 19936
Uncontrolled Keywords: Landskap Islam; Landskap Melayu; Bandaraya Islam
Last Modified: 21 Sep 2018 12:21
Depositing User: Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka UiTM Cawangan Melaka
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19936

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year