Konsep Penggunaan Berhierarki Berteraskan Islam (PBBI): panduan muslim dalam kegawatan ekonomi/Basri Abd. Ghani and Ahmad Azrin Adnan

Abd. Ghani, Basri and Adnan, Ahmad Azrin (2017) Konsep Penggunaan Berhierarki Berteraskan Islam (PBBI): panduan muslim dalam kegawatan ekonomi/Basri Abd. Ghani and Ahmad Azrin Adnan. e-Academia Journal, 6 (2). pp. 293-307. ISSN 2289-6589

[img] Text
AJ_BASRI ABD GHANI EAJ T 17.pdf

Download (18MB)
Official URL: http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index...

Abstract

Aspek penggunaan menjadi semakin penting berikutan ketidakmampuan pendekatan semasa menangani pelbagai fenomena sosioekonomi misalnya kemiskinan, pembaziran, kebuluran, kemuflisan, pengangguran dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa pendekatan semasa, sama ada dalam bentuk konsep, prinsip, teori atau model telah begitu banyak berperanan sebagai alat analisis untuk memahami disiplin penggunaan dari sudut teori dan praktis. Pendekatan semasa yang bertunjangkan tasawwur dan epistemologi Barat ini bagaimanapun tidak sesuai diaplikasi ke atas budaya masyarakat Timur khususnya masyarakat Islam kerana perbezaan latar belakang kepercayaan, budaya dan persekitaran. Realiti ini menunjukkan betapa pentingnya ditonjolkan pendekatan yang bermula dengan premis Islam. Walau bagaimanapun pendekatan sedia ada yang ideal menurut Islam amat kecil bilangannya berbanding pendekatan konvensional. Ia menjustifikasikan keperluan membina pendekatan ini yang lahir dari asas tasawwur, epistemologi dan ontologi Islam. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti teori, model dan pendekatan gelagat pengguna khususnya penggunaan berhierarki. Kedua, menganalisis ketepatan teori, model atau pendekatan gelagat pengguna khususnya penggunaan berhierarki menurut tasawwur, epistemologi dan ontologi Islam. Ketiga, membina model konsep penggunaan berhierarki berteraskan Islam (PBBI) sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail
Abd. Ghani, Basribasri@perlis.uitm.edu.my
Adnan, Ahmad AzrinUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Consumption. Demand (Economic theory) > Consumption (Economics)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
ISSN: 2289-6589
Volume: 6
Number: 2
Page Range: pp. 293-307
Official URL: http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index...
Item ID: 18814
Uncontrolled Keywords: Penggunaan; Penggunaan berhierarki; Gelagat pengguna; Kegawatan ekonomi
Last Modified: 18 Dec 2018 04:07
Depositing User: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Caw Terengganu
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/18814

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year