Istiadat Konvokesyen Ke-86 : 15-20 April 2017 : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM

UNSPECIFIED, ed. (2017) Istiadat Konvokesyen Ke-86 : 15-20 April 2017 : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM. Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat, UiTM, Shah Alam.

[img] Text
BK_ISTIADAT KONVOKESYEN 86_17.pdf

Download (0B)

Abstract

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke- 86 berjaya dianjurkan dengan jayanya. Istiadat konvokesyen merupakan tradisi keilmuan yang gilang-gemilang untuk meraikan kejayaan graduan yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para graduan kerana telah berjaya mencapai kejayaan menggenggam segulung ijazah pada hari yang bersejarah ini. Kejayaan ini sudah menjadi permulaan bagi fasa kehidupan saudara-saudari seterusnya iaitu di alam pekerjaan. Pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-86 ini, UiTM telah menambah lagi alumninya. Ini menunjukkan betapa UiTM telah banyak memberi peluang pendidikan tinggi kepada bangsa Melayu dan bumiputera sejak ditubuhkan pada 1956. Malahan, UiTM bukan sahaja berupaya mencetus ledakan dari sisi penyampaian pendidikan tinggi secara berkesan, budaya kerja, peningkatan prestasi, bahkan juga menjadi penyumbang besar kepada modal insan negara iaitu sebanyak 42 peratus, berbanding universiti awam lain. Dalam pada itu, selain memperkukuh pembangunan akademik menerusi bidang tujahan, para pelajar turut diberi pendedahan dalam bidang keusahawanan- nilai tambah yang mempersiapkan mereka dengan kemahiran khusus sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Ini selaras dengan lonjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi Pengajian Tinggi untuk melahirkan graduan holistik yang bercirikan keusahawanan dan seimbang

Item Type: Book
Divisions: Corporate Communications Department
Volume: 86
Item ID: 17344
Uncontrolled Keywords: Istiadat Konvokesyen Ke-86; Dewan Agung Tuanku Canselor; UiTM
Last Modified: 05 Jul 2017 05:11
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17344

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year