Strategi pujuk rayu dalam perkahwinan : tanggapan dan pengalaman lelaki Melayu dalam konteks komunikasi interpersonal / Hariyati Ariffin

Ariffin, Hariyati (2013) Strategi pujuk rayu dalam perkahwinan : tanggapan dan pengalaman lelaki Melayu dalam konteks komunikasi interpersonal / Hariyati Ariffin. In: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013. Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Shah Alam, pp. 107-118. ISBN 978-967-11172

Abstract

Kajian awal strategi pujuk rayu dalam perkahwinan dari sudut Komunikasi Interpersonal ini
bertujuan mengenalpasti pendekatan dan tanggapan lelaki Melayu berkaitan konsep pujuk rayu
dan ekspresi kasih sayang dalam rumahtangga. Kasih sayang dan keintiman adalah resepi
mengeratkan hubungan pasangan yang berkahwin, lebih-lebih lagi apabila perkahwinan
menjangkau satu tempuh yang lama. Dalam menzahirkan rasa kasih sayang dan keintiman
pasangan yang berkahwin peranan komunikasi interpersonal amat penting sebagai medium
mengeratkan untuk membaja perasaan kasih dan cinta dalam rumahtangga. Tanggapan umum
mengenai sikap lelaki Melayu dalam mempraktikkan kasih sayang terhadap pasangan atau
isteri amat jauh berbeza daripada lelaki Barat yang dikatakan lebih penyayang dan mudah
meluahkan kasih sayang. Secara umum Lelaki Melayu disifatkan kurang meluahkan kasih
saying dan ego dengan kedudukan mereka sebagai ketua keluarga. Sistem nilai masyarakat kita
yang berpegang pada agama dan budaya amat berbeza dengan masyarakat Barat yang sangat
terbuka dalam ekspresi kasih saying. Disebabkan itu, ramai beranggapan lelaki Melayu sukar
meluahkan rasa kasih saying dan tidak begitu mengambil berat terhadap perasaan isteri.
Seringkali kajian mengenai sikap lelaki Barat turut dirujuk sebagai suatu luahan rasa semua
lelaki dan dianggap mewakili semua lelaki di dunia. Bagaimanapun lelaki Melayu sebenarnya
mempunyai keunikan tersendiri dalam mengamalkan strategi pujuk rayu dengan pasangan
mereka bagi mengekalkan keharmonian sebuah rumahtangga. Pengaruh budaya dan agama
mencorakkan cara lelaki Melayu mengamalkan strategi pujuk rayu dan berkasih sayang dengan
isteri mereka. Oleh itu, kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif dimana temuramah
secara mendalam atau indepth interview dijalankan keatas 8 orang informan lelaki yang sudah
berkahwin. Mereka berusia antara 35 hingga 60 tahun, dan telah berkahwin selama lebih 10
tahun dan tinggal disekitar lembah klang. Antara yang akan dikaji ialah cara dan pendekatan
Interpersonal yang digunakan oleh informan dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga
mereka melalui strategi pujuk rayu dan luahan kasih sayang terhadap isteri mereka.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PRO_HARIYATI ARIFFIN IMP 13.pdf] Text
PRO_HARIYATI ARIFFIN IMP 13.pdf

Download (2MB)

ID Number

12600

Indexing

Statistic

Statistic details