Pengaruh status ekonomi keluarga terhadap tahap motivasi dan pencapaian akademik pelajar Melayu : kajian terhadap pelajar Mengubah Destini Anak Bangsa / Zarul Azhar Nasir, Nor Zarina Mohd Salim and Jamilah Laidin

Nasir, Zarul Azhar and Mohd Salim, Nor Zarina and Laidin, Jamilah (2013) Pengaruh status ekonomi keluarga terhadap tahap motivasi dan pencapaian akademik pelajar Melayu : kajian terhadap pelajar Mengubah Destini Anak Bangsa / Zarul Azhar Nasir, Nor Zarina Mohd Salim and Jamilah Laidin. In: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013. Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Shah Alam, pp. 23-29. ISBN 978-967-11172

[img] Text
PRO_ZARUL AZHAR NASIR IMP 13.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan diantara status ekonomi keluarga terhadap tahap motivasi dan pencapaian akademik dikalangan pelajar Melayu yang mengikuti program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Untuk tujuan tersebut satu kajian soal selidik telah dilakukan ke atas 99 orang responden. Sejumlah 7 item berkaitan motivasi dan 11 item berkaitan status ekonomi keluarga telah diajukan kepada responden untuk mendapatkan pandangan mereka. Selain itu maklumat berkaitan profil demografi dan pencapaian akademik pelajar turut diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan pembolehubah status ekonomi keluarga tidak signifikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (ρ=0.497) tetapi signifikan dalam mempengaruhi tahap motivasi pelajar untuk berjaya (ρ=0.035). Ujian analisis faktor mengklasifikasikan status ekonomi keluarga kepada dua kategori iaitu 1) kewangan untuk pembelajaran 2) penyediaan persekitaran kondusif untuk pembelajaran. Ujian-ρ mendapati faktor penyediaan persekitaran kondusif untuk pembelajaran signifikan dalam mempengaruhi tahap motivasi pelajar (ρ=0.013) manakala faktor kewangan tidak signifikan dalam mempengaruhi tahap motivasi pelajar (ρ=0.685). Pihak berkaitan perlu menitikberatkan aspek penyediaan persekitaran kondusif untuk pembelajaran dalam usaha mempertingkatkan tahap motivasi pelajar untuk berjaya.

Item Type: Book Section
Creators:
CreatorsEmail
Nasir, Zarul AzharUNSPECIFIED
Mohd Salim, Nor ZarinaUNSPECIFIED
Laidin, JamilahUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Family size
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Academic degrees
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
Divisions: Faculty of Business and Management
Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Page Range: pp. 23-29
Item ID: 12591
Uncontrolled Keywords: MDAB, Motivasi, Pencapaian Akademik, Pelajar Melayu
Last Modified: 01 Nov 2016 14:20
Depositing User: Admin Pendigitan PTAR
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12591

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year