Bentuk-bentuk mimbar dan mihrab yang terdapat di dalam rekabentuk masjid di Selangor dan Kuala Lumpur / Abdul Aziz Burok

Burok, Abdul Aziz (1991) Bentuk-bentuk mimbar dan mihrab yang terdapat di dalam rekabentuk masjid di Selangor dan Kuala Lumpur / Abdul Aziz Burok. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_ABDUL AZIZ BUROK AP 91_5 P01.pdf

Download (96kB) | Preview

Abstract

Agama Islam telah tersebar di Nusantara sebelum pembukaan Kerajaaan Melayu Melaka lagi. Ini menunjukkan Agama Islam telah tersebar di rantau ini sejak 500 tahun dahulu. Oleh yang demikian terdapat banyak perubahan yang berlaku pada rekabentuk sesebuah masjid. Ini disebabkan Tanah Melayu pada ketika itu telah di datangi oleh pendakwah-pendakwah Islam yang datang dari berbagai ceruk rantau. Bukan sekadar fahaman dan ajaran Islam sahaja yang disebarkan tetapi juga unsur-unsur rekabentuk negara asal mereka diserapkan dan disesuaikan dengan keadaan di Tanah Melayu pada ketika itu. Tidak hairanlay jika terdapat berbagai bentuk senibina asing yang ditonjolkan untuk memberi simbol keagungan Islam pada sesebuah masjid. Pengkhususan kajian ini lebih menekankan kepada bentuk-bentuk mimbar dan mihrab pada sesebuah masjid di Malaysia kahsnya di Selangor dan Kuala Lumpur iaini di sekitar Lembah Kelang. Pengfgunaan Bahan, eara pembinaan, perletakan dan fungsinya terhadap sesebuah masjid adalah matlamat utama kajian ini dibuat. Mimbar dan mihrab adalah dua keperluan yang amat penting dalam rekabentuk sesebuah masjid. Mimbar adalah tempat khatib berkutbah kepada sidang hadirin sekelian terutamanya ketika Fardhu Jumaat, sementara mihrab pula ialah tempat imam melakukan sembahyang dan diikuti oleh makmum dibahagian belakang. la adalah tempat yang dominen atau jelas di dalam ruang sesebuah masjid. la juga menunjukkan arah kiblat dan menjadi paksi kepada ruang di dalam masjid.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Burok, Abdul AzizUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 1111
Last Modified: 29 Oct 2018 08:27
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1111

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year