Persepsi remaja terhadap institusi masjid : perbandingan antara remaja bandar dan luar bandar di Negeri Selangor / Mahfuzah Mohammed Zabidi, Nurul Himmah Kassan and Abd Shukor Mohd Ali

Mohammed Zabidi, Mahfuzah and Kassan, Nurul Himmah and Mohd Ali, Abd Shukor (2011) Persepsi remaja terhadap institusi masjid : perbandingan antara remaja bandar dan luar bandar di Negeri Selangor / Mahfuzah Mohammed Zabidi, Nurul Himmah Kassan and Abd Shukor Mohd Ali. Research Reports. Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU), Shah Alam. (Submitted)

[img]
Preview
Text
LP_MAHFUZAH MOHAMMED ZABIDI 11_5 1.pdf

Download (265kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji persepsi remaja Bandar dan luar Bandar terhadap institusi masjid di samping mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi persepsi tersebut. Penyelidikan ini dilaksanakan supaya idea dan cadangan yang bernas dapat diberikan kepada institusi masjid khususnya dari sudut anjuran program dan aktiviti yang menarik minat dan penglibatan remaja. Penglibatan dan komitmen yang tinggi terhadap institusi masjid boleh dijadikan indikator peratusan gejala dan masalah sosial remaja yang rendah. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah soal selidik yang disasarkan kepada 560 orang remaja Muslim berusia 13 tahun sehingga 21 tahun yang dipilih menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Analisa data penyelidikan ini menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Sciences (SPSS) di mana frekuensi, crosstabulation dan korelasi digunapakai. Dapatan utama kajian ini adalah remaja mempunyai persepsi yang positif terhadap masjid, meskipun komitmen mereka adalah rendah. Faktor yang paling menyumbang terhadap persepsi positif tersebut adalah keadaan fizikal, kelengkapan dan kemudahan masjid. Dari sudut komitmen, remaja Bandar adalah lebih baik dari remaja luar Bandar kerana masjid di Bandar lebih aktif melaksanakan program-program berbanding masjid di luar Bandar. Selanjutnya, beberapa cadangan terhadap organisasi masjid juga diberikan khususnya dari sudut program yang menarik dan disukai oleh remaja. Secara keseluruhannya, penyelidikan ini mendapati bahawa remaja di Selangor masih menganggap masjid adalah institusi yang penting dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Masjid, Remaja, Luar bandar, Bandar
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques. Monasteries > Malaysia > Selangor
Divisions: Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU)
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 27 Dec 2013 06:46
Last Modified: 25 Aug 2016 08:33
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/7876

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year