Gaya hidup sihat melalui pemakanan: kajian terhadap penulisan ulama-ulama nusantara dalam Kitab Jawi / Dr. Mohd Asmadi Yakob , Prof. Madya Zakaria Mustaffa and Mohd. Takiyuddin Hj. Ibrahim

Yakob, Mohd Asmadi and Mustaffa, Zakaria and Hj. Ibrahim, Mohd. Takiyuddin (2011) Gaya hidup sihat melalui pemakanan: kajian terhadap penulisan ulama-ulama nusantara dalam Kitab Jawi / Dr. Mohd Asmadi Yakob , Prof. Madya Zakaria Mustaffa and Mohd. Takiyuddin Hj. Ibrahim. Research Reports. Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU), Shah Alam. (Submitted)

[img]
Preview
Text
LP_ MOHD ASMADI YAKOB 11_5 1.pdf

Download (451kB) | Preview

Abstract

Gaya hidup sihat merupakan satu tuntutan kepada semua manusia. Gaya hidup manusia secara sihat bukan sahaja memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri bahkan ianya memberikan kesan yang besar kepada kecemerlangan tamadun itu sendiri. Menyedari hakikat ini, Islam amat menekankan kepentingan gaya hidup secara sihat agar umatnya terhindar daripada penyakit bagi melestarikan pembangunan tamadun. Jesteru itu kajian ini akan membincangkan konsep gaya hidup sihat menurut pandangan Islam dengan memberi penumpuan kepada amalan pemakanan. Di samping itu, kajian ini juga memfokuskan kepada penulisan kitab-kitab jawi. Penyelidikan ini tidak merangkumi semua kitab jawi, sebaliknya hanya lima kitab sahaja yang dipilih sebagai sampel kajian. Kitab-kitab tersebut ialah Sabil al-Muhtadin, Bidayah al-Mubtadi', Siyar al-Salikin, Hidayah al-Salikin dan Bahr al-Madhi. Beberapa penemuan yang signikan berdasarkan kajian ini, antaranya penyelidik belum menemui sebuah kitab khusus tentang gaya hidup sihat atau amalan pemakanan sihat. Namun begitu penulisan tentang pemakanan biasanya ada dalam kitab-kitab jawi terutamnya kitab fekah, tasawwuf dan kitab hadith. Perbahasan tentang pemakanan dalam kitab-kitab jawi kebanyakannya hanya tersebut berlegar-legar tentang beberapa aspek dan persoalan yang agak sama. Antaranya adalah soal hukum sesuatu makanan, adab makan dan minum termasuklah celaan kepada mereka yang tidak menjaga perut. Perbahasan tersebut juga kebanyakannya disandarkan kepada Rasulullah SAW sebagai the best role model.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Gaya hidup, pemakanan sihat, kitab jawi, kitab lama
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Personal health and hygiene. Including clothing, bathing, exercise, travel, nutrition, sleep, sex hygiene
Divisions: Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU)
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 28 Mar 2013 06:34
Last Modified: 18 Aug 2016 06:45
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6885

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year