Persepsi guru sukan terhadap aspek keselamatan dalam program sukan / Mawarni Mohamed … [et al.]

Mohamed, Mawarni and Fauzee, Mohd. Sofian Omar and Lee, Teik Soon and Jusoh, Zarina and Ahmad Zainudin, Rosli Jamil (2006) Persepsi guru sukan terhadap aspek keselamatan dalam program sukan / Mawarni Mohamed … [et al.]. Asian Journal of University Education, 2 (2). pp. 57-74. ISSN 1823-7797

[img]
Preview
Text
AJ_MAWARNI MOHAMED AJUE 06.pdf

Download (191kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru sukan terhadap aspek keselamatan dalam program sukan Tiga aspek yang digunakan untuk meninjau dan membezakan persepsi guru sukan terhadap aspek keselamatan dalam program sukan adalah aspek jantina, aspek pengalaman dan aspek pengkhususan. Responden yang digunakan untuk kajian adalah seramai 120 orang pelajar (lelaki = 78; perempuan = 42) dari Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG), Bachelor Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dari pengkhususan Pendidikan Jasmani (n = 60) dan pengkhususan Bukan Pendidikan Jasmani (n = 60) iaitu dari PKPG - Sains Pertanian dan PKPG - Teknologi Maklumat yang berumur 27-43 tahun (min = 35). Dalam menentukan tahap persepsi guru sukan terhadap keselamatan dalam program sukan, empat kategori utama dalam keselamatan yang dapat memperlihatkan tahap persepsi guru sukan tentang keselamatan dalam sukan telah digunapakai iaitu kategori Pengawasan Yang Rapi, kategori Bimbingan Dan Tunjukajar, Kategori Pengetahuan Umum dan Kategori Persekitaran Yang Selamat. Keempat-empat kategori tersebut memberi gambaran tentang tahap persepsi tentang keselamatan di kalangan guru-guru sukan secara menyeluruh. Selepas kajian dilakukan, hasil dapatan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam aspek pengalaman mengajar, dan pengkhususan, di kalangan responden. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek jantina. Berdasarkan dapatan tersebut, diharap kajian ini menjadi pemangkin kajian lanjutan yang menyumbang kepada peningkatan persepsi guru sukan terhadap keselamatan dalam program sukan hingga Berjaya mengurangkan kecederaan pelajar atau atlet dalam sukan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Program sukan, Guru sukan, Keselamatan, Persepsi, Jantina, Pengalaman, Pengkhususan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Physical education and training. Physical fitness > Safety measures. Accident prevention
H Social Sciences > HF Commerce > Vocational guidance. Career development. Physical education teachers > Malaysia
Divisions: Faculty of Education > Asian Centre for Research on University Learning and Teaching (ACRULeT)
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 23 Jan 2013 04:35
Last Modified: 15 Aug 2017 08:55
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6647

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year