Prospek industri jahitan desa : kajian kes daerah Perak Tengah / Zaharah Jaafar, Saemah Yusof and Zainudin Md. Nor

Jaafar, Zaharah and Yusof, Saemah and Md. Nor, Zainudin (2010) Prospek industri jahitan desa : kajian kes daerah Perak Tengah / Zaharah Jaafar, Saemah Yusof and Zainudin Md. Nor. Research Reports. Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC), Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_ZAHARAH JAAFAR IRDC 10_5 1.pdf

Download (123kB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan prospek aktiviti menjahit pakaian sebagai sebuah industri desa di Daerah Perak Tengah. la bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan dan tahap kemahiran penduduk setempat dalam bidang jahitan. Telah didapati daripada kajian awal bahawa kebanyakan ahli keluarga di kalangan kaum wanita memang tahu menjahit. Tetapi persoalannya ialah setakat mana ilmu pengetahuan, kemampuan dan kemahiran mereka dapat dieksploitasi untuk menjalankan aktiviti menjahit yang bersifat komersial. Adakah ia berpotensi untuk mengamalkan sistem dan kaedah pengeluaran secara kilang (mass-production)? Apakah jenis rekabentuk produk yang sesuai dengan tahap kemahiran mereka? Dari segi sejarah, kegiatan menjahit di Malaysia, khususnya di kalangan bangsa Melayu, adalah menjadi satu kemestian dalam sesebuah keluarga di desa-desa kerana ia adalah salah satu budaya kehidupan dan keperluan sosio-ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka mula belajar secara bertanya dan melihat dari contoh (sample) produk terdahulu. Tetapi minat dan keinginan mereka ini semakin tepelihara selepas negara mencapai kemedekaan. Kerajaan telah mewujudkan beberapa agensi (lebih dari 30 buah agensi) bagi memberi latihan dan kemudahan secara progresif. Lanjutan daripada penubuhan MARA pada 1966, banyak agensi ditubuhkan seperti Bahagian Industri Kampung (BIK), Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia(PKKM), Pusat Pemasaran Karyaneka, Infokraft dan Batik Malaysia Berhad (BMB).

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Industri desa, jahit, pakaian, bidang jahitan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Industrial productivity
T Technology > TS Manufactures > Textile industries
Divisions: Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 27 Sep 2012 03:36
Last Modified: 31 May 2016 06:51
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6189

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year