Kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar-pelajar UiTM Sarawak / Ahmad Rozaini Ali Hasan, Sharifah Anom Omar and Wan Ariffin Wan Yon

Hasan, Ahmad Rozaini Ali and Omar, Sharifah Anom and Wan Yon, Wan Ariffin (2009) Kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar-pelajar UiTM Sarawak / Ahmad Rozaini Ali Hasan, Sharifah Anom Omar and Wan Ariffin Wan Yon. Research Reports. Research Management Institute (RMI), Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_AHMAD ROZAINI ALI HASAN RMI 09_5 1.pdf

Download (52kB) | Preview

Abstract

Kemahiran membaca Al-Quran adalah merupakan satu keperluan asas bagi setiap umat Islam dan tanpa penguasaan ilmu Al-Quran dari aspek bacaan yang baik akan menyebabkan perlaksanaan ibadah Islam yang lain tidak dapat dijalankan secara sempurna. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kemahiran membaca AlQuran di kalangan pelajar-pelajar UiTM Kampus Kota Samarahan, Sarawak. Seramai 56 orang responden telah di pilih untuk menjalani ujian kemahiran membaca Al-Quran dari aspek ujian bacaan dan ujian pengetahuan ilmu Tajwid. Sampel dipilih secara rawak mudah dari kelas-kelas yang mengikuti kursus Prinsip Asas Islam bagi pelajar-pelajar semester satu. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian bacaan Al-Quran dan soal selidik. Data-data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 15.0 dengan menggunakan statistik deskriptif seperti frekuensi dan peratus. Ujian Crosstab juga dilakukan untuk melihat tahap bacaan pelajar dengan faktor dorongan dan umur mula membaca Al-Quran. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar berdasarkan peratusan tahap pencapaian bacaan adalah sederhana. Hasil analisis juga menunjukan terdapatnya pengaruh faktor dorongan ibubapa terhadap pencapaian tahap bacaan Al-Quran pelajar. Dapatan juga menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai masalah mengenai ilmu tajwid di samping menghadapi kesukaran untuk menyebut dengan sebutan yang betul dan tepat.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Al-Quran, penguasaan ilmu, ibadah Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak
Divisions: Research Management Institute (RMI)
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 14 May 2012 01:03
Last Modified: 30 May 2016 03:16
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/5249

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year