Corak perbelanjaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN): kajian kes di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Zon Utara (Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Normala Ismail ... [et al.]

Ismail, Normala and Zainal, Noor Saliza and Aman Shah, Sofiah Molek Lope and Wan Omar, Maznah (2003) Corak perbelanjaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN): kajian kes di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Zon Utara (Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Normala Ismail ... [et al.]. Research Reports. Universiti Teknologi MARA Kedah, Sungai Petani, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_NORMALA ISMAIL K 03_5 1.pdf

Download (72kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenai pasti secara empirik corak perbelanjaan wang PTPTN di kalangan para pelajar di UiTM Zon Utara Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau. Penyelidikan ini merupakan suatu kajian lapangan berdasarkan kepada kajian keratan rentas. Kajian ini menggunakan analisis regresi ekonometrik, teknik deskriptif, ujian - t dan analisis varians berasaskan kaedah Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Penyelidikan mengkategorikan perbelanjaan wang PTPTN pelajar kepada dua -kumpulan iaitu pelajar merancang dan pelajar tidak merancang. Wang PTPTN dibelanjakan oleh pelajar untuk akademik wajib, akademik tidak wajib dan perbelanjaan persendirian. Hasil analisis berganda mendapati bahawa perbelanjaan persendirian merupakan faktor paling dominan mempengaruhi jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN pelajar merancang dan tidak merancang. Hasil analisis varians pula menunjukkan jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN bagi pelajar merancang dan tidak merancang berbeza atas tiga faktor yang sama iaitu kampus cawangan UiTM, bahagian pengajian kini dan program pengajian. Adalah diharapkan hasil penyelidikan ini dapat membantu pihak pengurusan UiTM Zon Utara merangka pelan tindakan yang bersesuaian serta membina kesedaran di kalangan para pelajar terhadap penggunaan wang PTPTN.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: PTPTN, perbelanjaan wang, UiTM Zon Utara Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani, Kampus Arau
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
Divisions: Universiti Teknologi MARA Kedah, Sungai Petani
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 28 Feb 2012 03:30
Last Modified: 27 May 2016 09:35
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4798

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year