Persepsi terhadap Universiti Teknologi MARA (UiTM) / Zaliha Hussin, Normala Ismail and Kamal Bahrin Shamsuddin

Hj. Hussin, Zaliha and Ismail, Normala and Shamsuddin, Kamal Bahrin (2005) Persepsi terhadap Universiti Teknologi MARA (UiTM) / Zaliha Hussin, Normala Ismail and Kamal Bahrin Shamsuddin.

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar sekolah menengah terhadap kewujudan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kajian ini turut meneliti faktor -faktor yang menentukan pemilihan sesebuah universiti sebagai universiti pilihan utama di samping mengenal pasti alasan - alasan penolakan UiTM sebagai universiti pilihan utama. Sampel kajian terdiri daripada 657 orang pelajar Tingkatan Empat (4) dan
ingkatan Enam (6) Rendah pelbagai aliran daripada sebelas (11) buah sekolah menengah di Negeri Kedah. Data dikutip dengan mengedarkan borang soal selidik setelah memperoleh kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Data dianalisis dan diproses menggunakan kaedah Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Kajian mendapati terdapat tiga faktor yang mempengaruhi persepsi terhadap UiTM iaitu Dasar dan Wawasan UiTM, Program Pengajian UiTM, dan Sejarah dan Penubuhan UiTM. Selain itu, kajian turut mendapati terdapat lima faktor yang mempengaruhi pemilihan sesebuah universiti sebagai pilihan utama iaitu Graduan dan Kemudahan Kewangan, Publisiti, Program Pengajian dan Aktiviti, Reputasi, dan Saranan. Seterusnya, bagi penolakan UiTM sebagai universiti pilihan utama, terdapat dua faktor yang mempengaruhinya iaitu Akademik dan imej Universiti.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hj. Hussin, Zaliha
UNSPECIFIED
Ismail, Normala
UNSPECIFIED
Shamsuddin, Kamal Bahrin
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4251
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 4251.pdf] Text
4251.pdf

Download (867kB)

ID Number

4251

Indexing

Statistic

Statistic details