Teknologi komunikasi dan proses pembentukan masyarakat bermaklumat: satu analisis semula peranan media elektronik di Malaysia / Mokhtar Muhammad , Abdullah @ Kassim Mohamad , Darusalam Abu Bakar , Jamaludin Abdul Rashid , Haliza Hasan

Muhammad, Mokhtar and Mohamad, Abdullah @ Kassim and Abu Bakar, Darusalam and Abdul Rashid, Jamaludin and Hasan, Haliza (1998) Teknologi komunikasi dan proses pembentukan masyarakat bermaklumat: satu analisis semula peranan media elektronik di Malaysia / Mokhtar Muhammad , Abdullah @ Kassim Mohamad , Darusalam Abu Bakar , Jamaludin Abdul Rashid , Haliza Hasan. Research Reports. Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_MOKHTAR MUHAMMAD_98_5 2.pdf

Download (60kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk melihat sama ada terdapat pertalian di antara teknologi komunikasi dari proses pembentukan masyarakat bermaklumat. Kajian ini meliputi semua penduduk Malaysia yang terdedah kepada salah satu daripada media informasi elektronik (radio; televisyen, briteks dan internet). Mereka juga terdiri dari berbagai kaum dan bangsa. Penganalisaan kajian mengenai impak media ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang didapati dari kumpulan responden tersebut. Perbincangan tentang hasil kajian dibuat dengan terperinci meliputi aspek-aspek seperti (i) Penggunaan Media Elektronik, (ii) Keberkesanan Siaran Pendidikan di Radio dan Televisyen, (iii) Peranan Teknologi Komunikasi Dalam Pembentukan Masyarakat Bermaklumat dan (iv) Faktor Demografi Responden Secara keseluruhan kajian mendapati bahawa majoriti responden memiliki radio'dan/atau televisyen dan lebih kerap mengikuti rancangan di televisyen berbanding radio. Kajian ini juga menunjukkan bahawa majoriti responden tidak menggunakan internet, lebih-lebih lagi briteks. Dari segi peranan media dalam membentuk masyarakat bermaklumat pula, kajian menunjukkan bahawa majoriti responden berpendapat bahawa televisyen memainkan peranan terpenting berbanding dengan media lain. Responden juga telah menyatakan tentang keupayaan maklumat yang diterima melalui media-media dalam mempengaruhi mereka dalam menerima sesuatu perubahan.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Masyarakat bermaklumat, Teknologi Komunikasi
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Divisions: Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 28 Oct 2011 01:55
Last Modified: 26 May 2016 09:19
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3741

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year