Kajian gelagat tabungan isi rumah di negeri Melaka / Mohamed Saladin Abdul Rasool , Arifin Md Salleh , Ismadi Ismail , Dr. Nor Ghani Md Nor , Mahadzir Ismail

Abdul Rasool, Mohamed Saladin and Md Salleh, Arifin and Ismail, Ismadi and Md Nor, Nor Ghani and Ismail, Mahadzir (2001) Kajian gelagat tabungan isi rumah di negeri Melaka / Mohamed Saladin Abdul Rasool , Arifin Md Salleh , Ismadi Ismail , Dr. Nor Ghani Md Nor , Mahadzir Ismail. Research Reports. Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. (Submitted)

[img]
Preview
Text
LP_MOHAMED SALADIN ABDUL RASOOL_01_5 1.pdf

Download (54kB) | Preview

Abstract

Kebanyakan teori tabungan dibangunkan dalam terma motif individu, tetapi di Malaysia sekurang-kurangnya kebanyakan kerja-kerja empirikal adalah menggunakan data aggregat siri masa. Perkembangan terkini dalam literatur menunjukkan terdapat peralihan daripada pendekatan kajian menggunakan data aggregat siri masa kepada analisis isi rumah. Ini adalah merupakan motivasi disebalik menjalankan kajian tabungan isi rumah. Ini berasaskan kepada pandangan umum bahawa data tinjauan isi rumah merupakan maklumat yang paling cepat untuk kita mengetahui perubahan gelagat tabungan isi rumah yang bertindak balas kepada sebarang perubahan dalam keadaan ekonomi, persekitaran dan politik. Analisis tabungan isi rumah bagi tujuan kajian ini adalah dibentuk berdasarkan maklumat aliran pendapatan. Pada asasnya, tabungan dirujuk sebagai perbezaan di antara pendapatan isi rumah dan perbelanjaan, termasuk sewa rumah yang didiami sendiri. Analisis di kembangkan dengan memasukkan definisi yang luas seperti pembelian barang tahan lama, pembiayaan pendidikan (pelaburan ke atas modal manusia) dan perbelanjaan untuk kesihatan. Laporan ini mempersembahkan analisis yang meluas tentang gelagat tabungan di kalangan 564 ketua isi rumah di Negeri Melaka. lanya merupakan usaha pertama melihat gelagat menabung menggunakan data mikro. Data diperolehi hasil dari tinjauan tingkat pendapatan dan penggunaan isi rumah yang telah dijalankan pada Mei 2000. Disamping itu data yang berkaitan dengan pembolehubah sosio ekonomi dan demografi juga diperolehi. Set data yang diperolehi memberikan peluang untuk mengkaji beberapa aspek tabungan di peringkat isi rumah. Pertama, menganalisis probabiliti pilihan produk menggunakan penganggaran model logit binomial. Kedua, menganalisis motif tabungan. Ketiga mengenal pasti penentu-penentu fungsi tabungan dikalangan isi rumah menggunakan penganggaran Kaedah Kuasa Dua Terkecil (OLS) dan Kaedah Kuasa Terkecil Berpemberat (WLS). Analisis data tabungan negeri Melaka ini berupaya memberikan beberapa inferen yang tidak diperolehi daripada data aggregat siri masa. lanya merupakan merit mengkaji data di peringkat mikro iaitu isi rumah.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Tabungan, Isi Rumah, Melaka
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 24 Oct 2011 06:10
Last Modified: 26 May 2016 07:49
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3709

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year