Ragam hias kain batik sarong tradisional Terengganu / Dzul Haimi Hj Md. Zain , Rafeah Legino

Md. Zain, Dzul Haimi and Legino, Rafeah (2005) Ragam hias kain batik sarong tradisional Terengganu / Dzul Haimi Hj Md. Zain , Rafeah Legino. Research Reports. Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_DZUL HAIMI MD.ZAIN 05_5 1.pdf

Download (59kB) | Preview

Abstract

Kain Sarong Batik Tradisional Terengganu merupakan salah satu hasil kesenian batik yang cukup istimewa. Sumber motif dan ragam hias yang memenuhi ruang strukturnya mempunyai keistimewaanya tersendiri. Ini kerana kain sarong batik tradisional Terengganu menggunakan teknik terap yang melalui proses secara manual tanpa bantuan peralatan teknologi yang canggih dan hanya dilakukan oleh manusia sebagai tenaga pekerja. Kajian ini menyentuh persoalan ragam hias, sumber motif dan ciri-ciri motif yang membentuk ragam hias pada struktur kain sarong batik tradisional Terengganu. Kaedah kajian adalah melalui proses pengumpulan sampel, mengenalpasti dan menganalisis segala sampel-sampel yang telah diperolehi dari Muzium dan para pengusaha kain sarong batik tradisional Terengganu. Kajian ini juga membincangkan definsi batik, definisi kain sarong batik dan perushaan kain sarong batik tradisional Terengganu. Seterusnya mengenai analisis dan dapatan kajian berdasarkan segala penemuan segala sampel-sampel kain sarong batik tradisional Terengganu yang dipilih.. Analisis dibuat untuk mengenalpasti reka bentuk struktur, sumber motif dan ragam hias kain sarong batik tradisional Terengganu.Kesimpulannya adalah bahawa kain sarong batik tradisional Terengganu indah dan menarik berdasarkan struktur, sumber motif dan ragam hiasnya.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Batik, Kain sarong, Tradisional, Terengganu
Subjects: N Fine Arts > ND Painting
T Technology > TP Chemical technology > Textile bleaching, dyeing, printing, etc.
Divisions: Faculty of Art and Design
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 15 Sep 2011 06:26
Last Modified: 08 Jun 2016 07:14
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3446

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year