Pengendalian kes perceraian di mahkamah syariah Perlis : satu tinjauan / Prof. Madya Che Latifah Hj. Ismail , Abd Aziz Harjin and Abdul Muin Abdul Rahman

Ismail, Che Latifah and Harjin, Abd Aziz and Abdul Rahman, Abdul Muin (2002) Pengendalian kes perceraian di mahkamah syariah Perlis : satu tinjauan / Prof. Madya Che Latifah Hj. Ismail , Abd Aziz Harjin and Abdul Muin Abdul Rahman. Research Reports. Universiti Teknologi MARA, Perlis, Arau, Perlis. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_CHE LATIFAH ISMAIL RMI 02_5 1.pdf

Download (99kB) | Preview

Abstract

Perkahwinan merupakan suatu sunnah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. bagi sesiapa yang berhasrat melakukkannya. Bagaimanapun apabila ianya tidak dapat diteruskan lagi maka perceraian dibenarkan oleh Syarak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud bahawa sebenci-benci perkara yang halal di sisi Allah s.w.t. ialah Talaq. Perceraian atau Talaq dalam Islam berlaku melalui beberapa cara iaitu talaq secara sareh, ta 'lik, fasakh dan sumpah li 'an. Talaq juga mempunyai syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu. Bagaimanapun terdapat banyak laporan dalam media kini mengenai kes-kes perceraian yang dikendalikan di mahkamah-mahkamah syariah seluruh Malaysia melalui proses pengendalian dalam jangka masa yang panjang untuk diselesaikan. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada wanita yang diceraikan dan diibaratkan gantung tidak bertali. Kelewatan ini juga mengakibatkan timbul masalah dari segi tuntutan nafkah, hak penjagaan anak-anak, nafkah anak-anak dan lain-lain. Oleh itu satu kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenali masalah yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah Perlis dalam mengendalikan kes-kes perceraian.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Perkahwinan, penceraian, Talaq, mahkamah
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Divorce
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 14 Sep 2011 02:12
Last Modified: 30 May 2016 02:07
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3427

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year