Analisis faktor kemiskinan Orang Asli : aplikasi model multinomial logit / Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Harun and Mohd Afandi Abu Bakar

Mohd Harun, Mohd Fauzi and Abu Bakar, Mohd Afandi (2010) Analisis faktor kemiskinan Orang Asli : aplikasi model multinomial logit / Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Harun and Mohd Afandi Abu Bakar. Research Reports. Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. (Submitted)

[img]
Preview
Text
LP_MOHD FAUZI MOHD HARUN 10_5 1.pdf

Download (236kB) | Preview

Abstract

Kemiskinan masih merupakan masalah serius kepada masyarakat Orang Asli. Maklumat rasmi kerajaan serta kajian daripada penyelidik mendapati kadar kemiskinan mereka melebihi lima puluh peratus. Kajian kemiskinan Orang Asli ini hanya tertumpu kepada keadaan kemiskinan mereka iaitu bagi mendapatkan sama ada nilai kadar kemiskinan, jurang kemiskinan mahupun keperitan kemiskinan. Tumpuan tidak diberikan kepada faktor yang menyebabkan kemiskinan mereka. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti apakah faktor sebenar yang menyumbang kepada kemiskinan tersebut. Keputusan kajian melalui analisis model multinomial logit mendapati kemiskinan masyarakat Orang Asli secara signifikan disumbang oleh tahap pendidikan mereka yang masih rendah, lokasi penempatan di pedalaman, tumpuan kepada bekerja sendiri dari hasil hutan, KIR wanita, KIR yang umur muda serta saiz isi rumah yang kecil. Melalui dapatan ini pihak kerajaan dapat memberi perhatian kepada faktor-faktor tersebut dalam menangani masalah kemiskinan Orang Asli melalui program-program khusus untuk mereka.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Orang Asli, Kemiskinan
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Rural groups. Rural sociology
Divisions: Universiti Teknologi MARA Perak, Seri Iskandar
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 18 Aug 2011 01:55
Last Modified: 30 May 2016 08:46
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3304

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year