Lima puluh satu tahun dominasi Barisan Nasional dalam politik Malaysia : suatu analisis / Badrul Azmier Mohamed @ Bakar

Mohamed@Bakar, Badrul Azmier (2008) Lima puluh satu tahun dominasi Barisan Nasional dalam politik Malaysia : suatu analisis / Badrul Azmier Mohamed @ Bakar. In: Prosiding : Seminar Politik Malaysia.

[img]
Preview
Text
K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.pdf

Download (651kB) | Preview

Abstract

Kelangsungan dominasi Barisan Nasional dalam politik Malaysia selama 51 tahun disebabkan oleh perkauman, permuafakatan, pecah dan perintah, pengawalan dan pembangunan. Asas perkauman di Malaysia selari dengan politik perkauman Barisan Nasional yang diselaraskan oleh permuafakatan yang menyeluruh. la membolehkan Barisan Nasional mendapat sokongan dari semua kaum di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, la adalah kelebihan utama Barisan Nasional yang tiadapada parti-parti pesaing yang menurut sejarah tidak mampu bermuafakat dalam tempoh panjang dan kerjasama agak terhad kepada parti-parti Semenanjung sahaja. Bagi menjamin kelangsungan politik perkauman, elit Barisan Nasional menggunakan pemerintahan pecah dan perintah. Nasionalisme kaum terus dipupuk di sebalik kewujudan nasionalisme kebangsaan. Seterusnya pengawalan demokrasi menerusiperundanganjenterapemerintah dan media arus perdana menghalang demokrasi dari membudaya dalam masyarakat. la juga mewujudkan persaingan yang tidak sempurna dalam politik kepartian. Walaupun begitu, pembangunan ekonomi pesat oleh Barisan Nasional menjustifikasikan langkah-langkah pengawalan terhadap demokrasi. la diterima sebahagian besar rakyat seperti yang ditunjukkan dengan kemenangan Barisan Nasional di semua pilihan raya umum. Namun kegagalan memperoleh majoriti dua per tiga pada pilihan raya umum ke-12 menimbulkan persoalan terhadap dominasi Barisan Nasional. Hasil analisis, globalisasi didapati menghakis kemampuan Barisan Nasional dalam pengawalan dan pembangunan. la memberi kesimpulan Barisan Nasional kurang berdaya dalam suasana yang lebih kompetitif hasil kemunculan persaingan yang lebih sempurna.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Politik Malaysia, Barisan Nasional, nasionalisme, pembangunan ekonomi
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: University Publication Centre (UPENA)
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 18 Jul 2011 08:22
Last Modified: 30 May 2016 01:51
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2965

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year